Saturday, November 21, 2009

Seorang Kawan dan Bahasa Melayu

Minum dengan seorang kawan. Lama tak jumpa jadi panjang lah cerita. Dari satu bab ke satu bab. Kereta. Mangail. Kerjaya. Macam-macam. Termasuk lah juga bab yang boleh dikira berat kerana ia menjadi isu nasional sejak sekian lama. Iaitu bab Bahasa Melayu.
Macammana kita nak ajak semua rakyat cakap Melayu sedangkan pemimpin dan media tidak lansung membantu usaha memartabatkan bahasa Melayu secara sungguh sunguh dan ikhlas. Demikian komen kawan tersebut. Hang tengok la ... majoriti pemimpin berucap dalam majlis rasmi guna Bahasa Inggeris. Tokoh-tokoh dan profesional Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris ketika ditemubual. Depa ni patut sangat menggunakan BM 100% atau pun 99.99% pasai depa pemimpin. Bukan kah kepimpinan melalui teladan? Macamana kita nak ikut! gertunya lagi.
Yang anehnya dan patut dihargai ialah beberapa tokoh dan profesional bukan Melayu yang sedaya upaya menggunakan Bahasa Melayu ketika di temubual walaupun kurang fasih. Apa sudah jadi ni...
Saya tidak ada point nak hujah dengannya kerana ada kebenarannya. Sambil meneguk teh o limau, saya hanya mampu mencelah kepadanya " Kita orang Melayu tidak seperti bangsa Jerman, Korea. China dan Jepun. Dayantahan diri kita jauh lebih rendah berbanding mereka dan kita terpaksa terima hakikat ini.

1 comment:

Bulat said...

Salam Mat

Betoi kata hang Bahasa Melayu dah jadi bahasa kedua kepada pemimpin kita.. untuk mempertabatkan kembali Bahasa Melayu elok dicermelangkan kembali tulisan jawi..macam orang dulu2 alif..tendang wau..sarkas hahaaa.. aku tabik Prof Khoo Kay Kim & Sasterawan Lim Swee Kin yng selalu berucap mengunakan Bahasa Melayu..