Tuesday, October 27, 2009

think future save nature

1. Saya balik kampung baru baru ni kenduri abang nak pi Mekah. Tersentuh hati saya bila lintas sungai Muda yang jadi sempadan Kedah Pulau Pinang. Apa sudah jadi dengan kita? Tebing kiri kanan sungai tu dah gondoi. Dulu penuh dengan pokok pokok nipah. Apa ka dia rasional dan justifikasi depa tebas hutan nipah?
Hutan nipah ditebing sungai jadi penebat tebing dari runtuh. Rumah dan habitat kepada hidupan seperti udang galah dan ikan sungai seperti baung. Tawas yang menjernehkan ayag. Menyerap sebahagian toksik. Dan juga sumber utama produk nira nipah yang baik untuk rawatan penyakit gout. Dia ambik masa berpuluh tahun untuk terbentuk. Mai kita tebas dalam sekelip mata saja. Manusia memang rakus.
2. Singgah di kampung datuk nenek sebelah emak di Tasek Gelugor. Petang tu naik mutu atas batas ban. Jumpa mak cik dok mengail dalam taliair. Tanya dia ikan apa dapat.
" Tilapia"
Puyu takdak ka?
Nak buat ubat pun payah. Sepat benua. Keli. Haruan. Apalagi baung dengan sebarau dan udang galah yang satu ketika dulu kalau nak ceduk ayag kena kuak depa dulu. La ni nak buat ubat pun payah!. Semua taliair dan sungai semulajadi berdekatan telah di perluas dan diperdalam dan dibersehkan . Sarang ikan diangkut ke tebing. Kemudian dilepas ikan tilapia. Ikan tilapia ni ikan import yang boleh hidup dalam semua kondisi hatta dalam kolam kumbahan sekalipun.
3. Terbaca dalam satu lapuran. Antartika akan jadi laut sepuluh tahun lagi. Kadar cairannya sangat deras dan bertambah setiap musim panas. Teringat saya kali akhir pi Cameron Highland setahun dua lepas. Sembang dengan seorang jaga. Komen pasai suhu kurang sejuk. Jaga tu kata apa " saya lahir dan membesar dan tua disini. Encik tengok tu" katanya sambil tunjuk kat saya serumpun pokok pisang yang hidup subur. " Dulu dulu puas saya tanam, tak boleh hidup. Sekarang bukan takat hidup tapi subur!"
Pokok pisang tidak boleh hidup dalam iklim sejuk.
Dengan sedar atau tidak kita sedang mengubah identiti dan jatidiri bumi sendiri.

7 comments:

TAL 18 said...

Tak pa tak dak ikan pun,sapa2 yg nak makan ikan puyu,sepat benua,lampam,jelawat,dan banyak lagi spesis ikan yg dah pupus,mai tangkap dirumah aku ada banyak,ikan puyu 5 ekor 1 kilo,aku orang kampung,hampa mau apa semua ada,tapi aku ni kolot la sikit tak macam hampa dok kl...kerja aku pun motong getah saja

TAL 18 said...

Untuk semua kawan2 SMJ melalui blog ini,aku ingin sampaikan kepada seluruh kawan2 yg ada siapa2 yg mengidap sakit kencing manis,baik yg dah teruk sekali pun boleh hubungi aku untuk dapatkan penawarnya.Aku ada ubat yg cukup bagus,Insyaalah dapat membantu semua.100% herba dalam bentuk kapsul.Nama ubatnya ProEx dibawah company Excelife Network Sdn Bhd.Syarikat aku ni ada mengeluarkan beberapa produk lagi,kopi power,namanya GUNTUR,Ubat berhenti merokok namanya Exsmoker.Sapa2 yg berhajat boleh hubungi aku langsung 01945409745,Cikgu Johari Ibrahim 0182383468,ini cikgu kita dulu patner aku atau boleh juga hubungi Dzamri darah 59.Untuk makluman semua,ubat penagaih dadah dalam ujicoba,sedikit masa lagi akan dikeluarkan dipasaran

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Salam TAL18.
TQ dan selamat mai ke laman blog aku ni. Tempat bukan sekadar bersosial di maya, tapi kita buleh gunakan jugak untuk sebar maklumat dan bina jaringan niaga selain melepas geram di kepala.
Baguih produk dan info hang tu. Nanti buleh jugak buat satu kona promosi/pameran dalam reunion bulan 12 nanti.InsyaAllah. Aku ingat selain kita berimpun makan dan sembang, elok kita buat kona-kona untuk kekawan nak promot produk dan perkhidmatan niaga mereka.

mazlee said...

salam mat...
ramai kawan2 yang teruja berkaitan dengan perhimpunana bulan 12 nanti, minta kita tolong sama2 untuk menjayakan majlis ini..bagi yang selalu mengikuti blog ni tentunya dapat mengikuti perkembangannya tapi yang tidak tu, kita war war kan secara lisan, sms dan calling calling...
pada tali8, bagus ler product tu, nanti bulan 12 kita ketengahkan..

KODEN said...

Salam,

Aku syok baca komen2 yg menyusur ekoran cadangan perjumpaan 26/12/09 ni. Tak dpt tidak aku tertarik dgn komen ke 15 dlm tajuk PERJUMPAAN SMJian FORM + TINGKATAN.
Anonymous ni risau kat nyamok kalau dbuat dekat d Kelubi. Simple saja, cadangan aku utk bro/sis yg takut nyamok ni.
1- mai jamuan tu pakai kelambu.
2- mai jamuan tu bawa ubat nyamok banyak.
3- mai awai n balik awai.
Utk pengetahuan anonymous ni, penyakit yg dsebabkan gigitan nyamok ni lebih berleluasa d metrapolitan dari d tepi bendang. Nyamok tepi bendang ni, masa kita kecik2 dulu pun dah dok kena.
Amboi hang bunyi macam Si-Tanggang yg lupa daratan la.
Sorry lah kalau aku bunyi agresif sikit. Hakikatnya aku nyampah dengaq komen2 yg meruntuhkan idea. Komen seharus nya dtg secara konstuktif. Kalau tepi bendang d Kelubi tu banyak nyamok..., sila cadangkan tempat lain yg serba selesa (termasuk harga), then anda boleh lah dianggap sebagai sahabat yg membantu.
Wassallam,

KODEN.

TAL18 said...

Amboi sedapnya hang cakap pasai nyamok ni Koden,dulu masa raya haji dulu nak buat kat rumah aku ,hang punya komplain,takut pacat,takut nu la,takut macam2,la hang komplain orang pasai nyamuk pula.Yg aku taulah,kat situ banyak tikus,TIKUS MUNDUK,TIKUS PADI,TIKUS KETURI,aku setiap hari dok lalu kot tu tau la banyak tikus

KODEN said...

Salam,

Hang silap org kot Tal18, aku tak komplen pun yg pacat ka apa ka tu. Orang lain kot. Infact masa yg buat kat rumah hang masa mula2 dulu aku sampai jugak rumah hang. Tapi kalau yg buat masa Raya Haji memang betoi aku tak p sbb, Raya Haji biasanya aku sambut d KL saja. So memang kompom tak dak sbb aku nak komplen kalau aku dah pasti tak balik.
Kalau d Kelubi tu ada tikus buat union, kalau ada sapa2 yg takut ka, geli ka kat "Cik Siti" ni, dok diam2 d rumah dah la. Tok sah pula dok komen utk nak melingkopkan majlis yg drancang ni.
Yg hang pun saja2 buka cerita negatif ni buat apa? Memang ada niat nak suruh "penggeli/penakut" tikus tok sah mai ka?
Kpd penggeli/penakut tikus sekalian, jgn risau la. Tal18 melawak saja tu. InsyaALLAH kalau jadi Pertemuan SMJian yg drancang tu, kat mana pun ianya dianjurkan, pasti semua nya akan OK!
So mai jgn tak mai!

Wassallam,

KODEN