Thursday, October 22, 2009

PERTEMUAN SMJian FORM + TINGKATAN .

Salam Semua.
Aku dah bincang dengan Mad Jaafar dan Ramli Jeram, dua tokoh logistik wilayah utara. Mulanya cadang kat Kelab Darulaman atau Dewan Milanium, Jitra tapi menurut sumber ada tempat lebih sesuai iaitu Putera Brasmana Hotel di Kuala Perlis. Kami cadangkan pada 25 - 26.12.2009. Agenda dia, check in lepas solat Jumaat dan check out pagi sabtu bagi mereka yang nak tidur di hotel . Program akan bermula selepas Asar sampai tengahmalam. Pengisian program akan di bincang lanjut. Tarikh ini dicadang pasai cuti umum dan cuti hujung minggu di Kedah. Ramai kekawan kita ada di Kedah. Lagipun kalau awai-awai cuti, ramai dok kalut dengan kenduri. Ramli akan find out maklumat lanjut di Brasmana ( kos dan kekosongan).
Ini cadangan kami. Cadangan rakan-rakan semua dialukan. Ataupun kalau sapa sapa ada rumah banglow pusaka yang sesuai, kita buleh tumpang buat majlis cara kampung - gotong royong masak, panggang ayam etc etc.
Kita harap ini akan jadi kenyataan sebagai " ice breaking" atau merintis denai kepada kerjasama antara kita yang boleh membantu apa-apa jugak keperluan ALUMRA untuk faedah SMJian seluruhnya. InsyaAllah.
Sila beri cadangan tuan/puan.
Tchusss...

15 comments:

madud said...

Idon't know if this will work brader, sewa bungalow pastu buat kerja , geng darah slalu book tempat siap makan semua sedia, pantai merdeka pun sama gak, jadi nak buat cam kampung tu, kot jenuh sikit laa kot? kecuali depa bawa kerah anak2 depa, boleh jadi laa kot? hehehehe jgn marah aa,, pendapat sahaja.

KODEN said...

Salam,

Ada kebenaran dlm pndapat Madud tu Mat. Kami ni dah ada lah secetek pengalaman d Pantai Merdeka pada06-06-09 baru ni.
D samping tu biasanya kita ni akan jadi sorang AJK akan pegang 3-4 t/jawab juga. So cadangan buat mcm kenduri d rumah sapa2 tu memang menarik. Malah aku tak keberatan nak offer rumah mak aku d 5 Taman Jitra.
Tapi aku lebih kpd ideamengadakan d mana2 tempat sedekat mungkin dgn Jitra sbb kalau jauh sikit saja maka akan adlah suku sakat kita yg kata tempat tu jauh. Akan ada lah sekerat-dua d Jitra yg akan kata Kuala Perlis tu jauh sangat. Ironi nya, geng2 yg balik dari KL ni tak komplen pun jauh tu.
Pelek kan? Tapi tu lah pengalaman cetek kami.
Wassallam,

KODEN

sitirokiah said...

maklang setuju gak mad...buat di jitra lah..sempena alumra. kalau kita tak meraikan tempat kita sapa lagi..

kamal said...

Salam Mat

Dah check dgn kawan d KPerlis Brasmana Hotel 25 & 26 Dec masih lagi ada kekosongan kalau cepat, harga bilik RM165.00 katil Queen,RM155.00 katil 2 single semalam, gov.staff diskaun RM10.00, buffet RM 28.00 per head,min 50 org

Anonymous said...

Salam Mat

Dah check dgn kawan d KPerlis Brasmana Hotel 25 & 26 Dec masih lagi ada kekosongan kalau cepat, harga bilik RM165.00 katil Queen,RM155.00 katil 2 single semalam, gov.staff diskaun RM10.00, buffet RM 28.00 per head,min 50 org

kamal

Mazlee said...

salam pada semua...
kalau dikira ditaksir dicongak ditolak dimana pun kalau nak buat reunioun ni boleh, asalkan jemputan datang dan memenuhi korum. di Jitra pun jadi di KL pun jadi di Umah KakJa pun jadi di Pantai Merdeka pun jadi, malah di Shah Alam pun jadi..
asalkan kita mahu untuk sama-sama hadir. Kalau yang tak hadir tu tentunya ada sebab dan aralnya..
Kita bersekolah di banyak sekolah..darjah 1 ke darjah nam ada dari Jitra, Lubuk Batu, Lubuk Kawah, Tok Jalai, Malau, bt 13, wang tepus, ason, Napoh, Guar Napai..isyyyyy banyak lagi lah Dari form 1, remove dan tingkatan 1kita berkumpul di Sekolah Menengah Jitra, kita belajar bersama..di Jitra tuu... jadi pada cadangan saya adalah seelok dan sebaiknya kita berkumpul semula di Jitra atau tempat yang dekat2 Jitra.. bukan tak boleh di Perlis, boleh, Pulau Pinang pun boleh cuma seelok2nya lah di Jitra.
Ada banyak sebab mengapa di Jitra:-
1.Kita warga dari Jitra
2.Masih ramai yang menetap di Jitra.
3.Kiranya kita punyai masa boleh lah kita melawat guru ker, kawan2 yang sakit ker atau mana ler tau boleh p dusun kawan2 yg kat Jitra tu (kalau di pelawa la)
4.Nostalgia Jitra tu.....
5.Dll.
Ini cadangan saja...
dan yang pentingnya adalah perlantikan Jawatankuasa yang akan menerajui majlis ini.........
Kalau idea ni elok kita terimalah , kalau tak buang aja dan kita buat cadangan baru....
Sekian....

Anonymous said...

APA YANG DIPERKATAKAN OLEH MAZLEE TU..( 25 OKT ) ADALAH SANGAT-SANGAT DAN TERAMAT BERNAS.. RAMAI YANG SETUJU.. JADI KITA PILIH TEMPATNYA DI JITRALAH NO KAWAN-KAWAN.. NOSTALGIANYA DI SITU...

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Mengambil kira semua respon diatas, dapat disimpulkan bahawa peratus yang bersetuju dalam memilih venue berpihak kepada kawasan Jitra.Oleh itu kita lupakan saja Kuala Perlis.
1. Yang ada di Jitra sekarang ialah Kelab Darulaman, Dewan Milanium, Hosba Valley dan satu lagi yang sdr. Mohd Jamil bagitau di Jenan - Kelab Kolej Damansara ka apa ka.
2. Kita kena bentuk komiti majlis seperti kata Mazlee dan kita mohon tenaga sukarela menawarkan diri khususnya mereka di sekitar sana.
3. Tarikh memang dah sesuai kut no.
otherwise itu pun pilihan paling tepat yang kita ada.
Memang betui la, jitra kan ka sinonim dengan kita selain memudahkan majoriti kekawan untuk sama menjayakannya.

TAL 18 said...

eloklah buat dijitra...aku pun boleh tumpang sekaki kot

mazlee said...

terima kasih Tali8 kerana mengikuti perkembangan kawan2. Bukan sekaki aja Lib, dua-da kaki dengan badan sekali pun boleh. adalah dialu-alukan kedatangan kawan2 semua bagi memeriahkan lagi majlis kita ni..

darah59 said...

Salam ISA...

Alhamdulillah nampaknya dah selesai kemelut tempat utk buat perhimpunan. Sekiranya ada apa saja keperluan untuk melancarkan rencana ini jangan malu dan segan utk hoit hoit kami...

WASSALAM

Anonymous said...

Darulaman Golf Resort..buffet RM27.50 kutip RM30.00 senang kira.. Darulaman Golf Resort Hotel.. Standard RM155.00 gov staff RM 135.00,Deluxe RM 184.00 gov RM160.00,Famili RM225.00 gov RM 200.00..
More info kontek Rosnani 049174039Hotel 049172008

Anonymous said...

Mad,
Suggest buat kat Di Bendang Kelubi suasana tepi sawah dan tepi sungai. Terletak sebelum kelubi jalan masuk ikut Perpustakaan Rakyat kampong kelubi. Masakan ala kampung. Tempat kira ok lah.. Harga lebih kurang RM 28.00 hidang.PELAN NANTI KIRIM KEMUDIAN.

ANAKJERAM said...

mad,
Pembetulan

RM 28.00 Per head dan dalam bentuk hidangan. Tarikh tu elok la...

Anonymous said...

Bendang Kelubi..tak banyak nyamok ke? nanti ramai kawan2 bila dah berjumpa akan sembang sampai pukul 12-1 pagi baru nak bersurai..jenuh tampaq nyamok