Monday, October 19, 2009

JEMPUTAN KENDURI MAKNGAH SATIRAH


Saya perturunkan jemputan kenduri dari Mak Ngah Satirah Latif sempena majlis kawin anak beliau yang di sampaikan oleh Kak Ja.
Anakjeram said...

ASSALAMUALAIKUM:Hebahan untuk Ex-SMJ Tingkatan 1 - 5 A,B,C,D 1971 - 1975 Termasuk Guru-guru yang terlibat mendidik kumpulan ini (Minta Ahmad Md. Saman Uruskan Hal ini) Dengan besar hatinya dipersilakan saudara-saudari ke Majlis Perkahwinan Anak Sulung Shatirah Bt. Latiff dan En. Zaki ke rumah mereka :

Di alamat : No. 5, Taman Sawa, Jalan Lencong Barat, 05050 Alor Setar, Keda(dekat stesen Petronas)

Pada : 29 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 4.00 petang.
Pakaian : Batik ( digalakkan)
HP : 013-4302040

Semoga sekali lagi kita dapat bertemu di Majlis tersebut. Insyaallah....



6 comments:

glassman said...

dia jemput geng tingkatan saja kaa? hahhahaa macam laa aku leh hadir,, hehhehe

mazlee said...

sebenarnya itu jemputan yang disampaikan oleh kak ja melalui Ibnusamanaljalawi yang diamanahkan oleh Pn Shatirah bt Latih yang mengarahkannya untuk menjemput hanya geng tingkatan 5 A,B dan C tahun 1975 siap berbaju batik lagi...
Tapi tu la...disini bukan setakat dari 'tingkatan' aja yang membacanya, dari 'form' pun ramai yang membaca jugak tambahan jalinan yang dibuat oleh darah59 dengan ibnusamanaljalawi amat akrab sekali. Dah tentu ada yang terasa bila tak dijemput. Tapi apa boleh buat kan, kenduri ni kalau dah tak dijemput tapi kalau hadir jugak makan dah tentu hukumnya jadi lain...Cuma harapnya mana2 kawan yang tidak dijemput jangan berkecil hati, anggap saja tuan rumah terlepas pandang dan sama-sama kita berdoa agar majlis tersebut diberkati Allah dan diberi kemeriahan... biar jauh kita berpandangan ke arah yang positif...

KODEN said...

Salam,

Kudos to Mazlee. Very well put. Jgn nak djadikan isu la benda2 gini. Kadang2 bila djemput..., depa tak p pulak.
Kalau ikut nak djemput, 1 stadium Darulaman la!!!! hehehehe.
Tak pa yg penting, majlis yg drancang berjalan lancar dgn mendapat barakah NYA.
Salam aku utk semua bro/sis yg hadir.

Wassallam,

KODEN

maklang said...

Saudara Mad,
Maklang ralat betul kerana tidak dapat hadir pada majlis itu. Ada banyak halangan untuk balik. Hati meronta-ronta nak balik...kak ja beriya-iya sungguh memberi beberapa cadangan agar maklang boleh sama-sama memeriahkan majlis syatirah.( Maklumlah kami norjasyatiro..yang ditubuhkan 36 tahun yang lalu ) Kata kak ja rugi besar kalau maklang tak balik. Nak buat macam mana kak ja ooii..tak terdaya maklang nak mengatasinya. Harap suatu masa maklang dapat hadir kenuri anak shatirah yang kedua. Beberpa kekangan maklang ialah..anak bungsu yang menduduki SPM, paklang pi nz kat anak, dan mak maklang appointment di IJN 28 dan 30 november. Kak ja kata nak ke kl disember ini dan nak ajak mad bekelah kat mana2 untuk reunion kecil-kecilan. ok kan mad..

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

1. Dalam bab kenduri kendara ni, sifatnya memang peribadi,sensitif dan perkara berat disisi agama dan masyarakat. Adakalanya jika gagal ditangani dengan bijak ia boleh menjejaskan hubungan sosial dalam kehidupan harian. Apa yang boleh ahli masyarakat lakukan ialah apabila timbul sesuatu isu, ambil lah sikap terbuka seperti Mazlee dan Koden.
2. Takpa la Maklang oii. Esok masih ada kalau ada rezeki umog. Itu baru anak sulung dia.
3. Bole bole KakJa dan Maklang. Kalau nak mini gathering. Di Pantai Bagan Lalang tu tempatnya pun OK. Hidangan Seafoodnya so far antara terbaik dan tersegar dalam pasaran makanan laut.
4. Insya Allah saya sedang cuba nak usahakan reunion kecil kecilan dengan grup 59ers di Jitra. Madud mesti balik kalau ia berjaya dijadikan kenyataan.

ANAKJERAM said...

Mad,
Insyaallah... tengok la nanti sebab anak kami yang nombor 3 ada exam SPM leps tu boleh kut. Tentang kenduri tu apa boleh buat .Taqdir menentukan segalanya. Buat member yang terdekat yang boleh hadir dipersilakan terutama yang mengenali Mak Ngah Shatirah.