Wednesday, October 21, 2009

Meletak Sesuatu Di tempatnya.

Apa harapan kita jika diberi kayu hoki kepada Koden yang sepatutnya menggunakan raket tenis? Memberi bola takraw kepada Che Azmi yang selalunya suka ligan bola rugby. Menyuruh Mazlee lawan berenang sedangkan dia pelumba trek. Dan bagi semua-semua itu kepada saya yang kaki bangku, kaki meja dan semua-semua kaki. Nanti saya guna kayu hoki buat cangkuk bola rugby untuk berenang kat kolam, ha tu dia baru. Tak ka haru dok mai kalau lagu tu.
Itu lah yang dikatakan meletak sesuatu hendaklah ditempatnya. Jika Koden seorang pemain tenis, maka bagi dia raket tenis. Bagi Che Azmi bola rugby kerana dia pemain rugby. Dan suruh Mazlee pecut di trek, bukan di kolam renang kerana dia bukan pemecut renang. Dan saya duduk saja la tepi padang tengok dan sorak. Misalannya.
Ini lah yang saya cuba nak kaitkan. Apa gunanya lampu isyarat? Secara logiknya ia untuk mengawal perjalanan trafik supaya lancar dan sempurna. Masalah trafik biasanya berlaku dipersimpangan sibuk. Simpang yang sibuk biasanya terdapat di bandar-bandar. Maka amat sesuai lah kalau setiap simpang sibuk di bandar dipasang dengan lampu isyarat.
Tetapi pelik bin ajaib, apakah rasionalnya lampu isyarat di pasang di kampung yang kita sempat tidog tengah jalan kalau nak melintas, nisbah jarangnya kenderaaan lalu di sana! Udah tu, oleh kerana dikampung pemantauan pun kurang, maka ikut suka pengendali hendak melaraskan tempuh lampu merah kuning dan hijau berfungsi. Sampai 60 ke 80 saat rona merah menyala sedang kenderaan ada sebijik saja dok cokoh menunggu.
Sudahnya kita lihat pengguna melanggar lampu isyarat. Bahkan tanpa lampu isyarat sebelum itu trafik lebih lancar dan selamat. Tetapi bila ada lampu isyarat dan ada pulak pihak yang terpaksa melanggar lampu, kadang-kadang dengan benda-benda lain sekali terlanggar dan berlanggaran.
Saya tidak melihat kepentingan lampu isyarat di simpang-simpang kampung yang trafiknya tidak sesak. Selain kena tanggung kos pembinaan dan kos operasi serta maintenance, ia mencipta peluang kepada pengguna melanggar peraturan lalu lintas.
Sudahnya siapa yang diperslahkan?

3 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Dulu aku memang main ragbi, itu pun masa kat sekolah. Dah 30 tahun lebih tak pegang bola kana tu. Sekarang ni aku main benda lain pula , bukan dua biji bola tapi aku main tiga biji bola. Orang utara kata main 'petang' tapi kami kata main 'Petanque'. Permainan untuk orang-orang yang dah tak ada kederat la.. tak payah lari , tak payah duk terjah sana terjah sini, main lambung2 dan lempak2 saja.

Aku ikut macam hang kata la sbb tu aku ubah selera dan rasa , kalau tenaga dah kurang jangan duk gagah ikut nafsu, nanti terkulai kat tengah padang.

Memang setuju sangat aku dengan apa yang hang utarakan. Buat apa pasang lampu isyarat yang hanya membazir wang untuk selenggara dan menggalak pengguna jalanraya melakukan kesalahan , dah tu pulak mengakibatkan kemalangan yang tak sepatutnya gara2 hijau jalan, merah pun jalan. Lebih molek dan praktikal la kiranya masing-masing berhati2 , tenguk dan fikir nak jalan ka nak berenti dulu.

Tq Mat.

KODEN said...

Salam,

Aku syok sungguh2 bila Mat buka tajuk lampu hijau yg berceghetet d jln2 kampung d daerah kesayangan kita khususnya.
Kebetulan 2 minggu lepaih aku bawa family aku kenegara jiran yg mundur dari kita dlm banyak hal. Tapi ada juga hal2 yg depa lebih maju n boleh memalukan kita. Semasa kami d atas kenderaan awamnya, aku membuka 1 topik utk anak2 aku (ketiga2 dah ada lesen memandu). Aku tanya depa "dalam 2-3 hari kita d sini, ada nampak sorang mat rempit ke tak?(sedangkan d bandaraya ni moto banyak nak mampuih!), ada nampak accident ke tak? ada nampak kereta jump Q ke tak?".
Memang tak banyak lampu isyarat walaupun simpang akan dlalui setiap 200M perjalanan d bandaraya ni. Apa magiknya?
Pada siang hari, setiap kenderaan yg sampai kat simpang akan stop n bagi laluan kpd kenderaan yg lebih kecil. Kalau ada perjalan kaki, lintas lah waktu mana pun, kenderaan akan stop seolah2 menghormati perjalan kaki ni. D malam hari, kenderaan akan membunyikan hon bila sampai d simpang seolah2 memberitahu kehadirannya. D tengah malam yg lengang pun amalan ni d praktikkan.
Sekali lagi aku nak tanya, apa magiknya?
Tak dak magik. Hanya sikap. Kita miskin sikap toleransi ni. Tak dak tolak ansur. Apa tak nya, ada yg dok tolak saja tapi tak dpt2 ansur pun so dia pun tukar pendirian tak mau tolak dah n dok tunggu nak ansur saja la.
Benda remeh ni sebenarnya adalah masaalah besar dlm masyarakat kita.
Rata2 masyarakat kita ni berpendidikan utk memahami hal2 basic gini.
Aku rasa bahasa Melayu yg buat orang kita celaru.
Tengok lah dlm bahasa kita ada perkataan BIJAKSANA. Memang kompom ramai yg bijaksana. Tapi tak ramai pun yg BIJAKSINI. Kita ada BISTARI tapi kita tak dak BISTINDAK. Malah bila dah dpt title BISTARI, depa nak BISGENCOK pula la!!!
Satu halua utk pikiaq or gelak or hamput aku atas kegilaan aku ni. Atas citarasa masing2 la.

Wassallam,

KODEN

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Masalah sikap ni ada ka kaitan dengan kualiti pendidikan, status sosial dan tahap keimanan seseorang atau sekelompok masyrakat atau sesuatu bangsa?
Aku rasa itu bukan faktornya. Masalah kita lebih dipengruhi oleh sitem dan gaya kepimpinan dan pengurusan pentadbiran lalu membentuk satu persekitaran yang dengan paksa menjana cara berfikir dan bertindak kita.