Wednesday, October 7, 2009

memoir seorang kawan

Saya mengenalinya kira-kira 15 tahun dulu. Orangnya sangat periang. Suka melawak. Sporting habis. Kampung di Gunung Keriang, Alur Setar. Minatnya mendalam dalam bab kereta. Dia ada 230E dan Pajero. Pernah bekerja sebagai drebar teksi. Kontraktor. Tetapi yang paling akhir pengusaha restoran. Premis terakhirnya di Food Court UNITEN, Bangi. Saya panggilnya Abang Halim dan Kakak Faridah kepada isterinya. Usianya sudah lewat lima puluhan. Saya selalu lepak di food court dia sambil pekena bihun sup utara.
Malam Isnin lalu saya dapat call dari rakan gaharu saya yang juga rakan baik beliau dari Tunjang , Kedah - depa panggil Pak Su Shaari. Saya ingatkan Pak Su Shaari nak tanya atau cerita pasai pokok gaharu atau dapur gaharu dia, tetapi nada suaranya mendatar saja. Sayu dan pilu. Rupa-rupanya dia mambawa khabar bahawa Abang Halim telah pulang ke rahmatullah. Pergi buat selama-lamanya. Saya terkedu sebentar. Dalam tempuh enam bulan terakhir ini, dia menderita sakit teruk. Batuk berdarah. Suaranya tidak keluar. Dia pernah ajak saya pergi berubat dengan seorang pakar terapi di Seremban, tapi saya kebetulan tidak dapat, kemudian apabila saya boleh, pakar tersebut pula balik kampung dan apabila saya boleh dan pakar itu boleh, Abang Halim sudah balik berubat di Kedah.
Khabarnya beliau meninggal di Sungai Petani, Kedah. Dan di makamkan di Gunung Keriang. Asbab kematiannya dikatakan oleh barah paru-paru kesan dari tabiat merokoknya. Dia seorang super heavy smoker. Namun itu hanyalah sebab kematian, hakikatnya ajal dan maut adalah ketentuan Allah azza wa Jalla. Alfatihah.
Kepada Kak Faridah dan keluarga, salam takziah. Kepada kawan-kawan heavy smoker - asas kesihatan bermula dari input bahan makanan ke dalam badan.

3 comments:

KODEN said...

Salam,

Inilah yg dkatakan kawan. Tempuh +-15 tahun saja menjalin persahabatan tapi kehilangan tetap perit dtelan. Dalam keredaan menerima ketetapan kita tetap menyesali kesilapan n kekurangan semasa berkesempatan menyumbang ikhtiar kpd sahabat tersebut. Inilah hikmah yg djanjikan dsebalik kematian. Hikmah peluang utk memperbaiki bagi org2 yg menginsafi nya.
Innalillah kepada kematian sahabat. Kpd ahli keluarga, perbanyakkan doa n sedekah utk aruah. Reda dgn kehilangan ini. Kuatkan semangat utk terus hidup d dunia n bekalan ke akhirat.
Aku dpt rasakan macammana Mat menilai satu persahabat. Aku tersentuh. Aku kagum. N aku harap aku dapat lebih akrab dgn Mat.

Wassallam,

KODEN

madud(harap dapat cepat) said...

salam alaikom, madud ni, saya ada dapat jemputan ke Majlis Hari RAya bersama Datok Banda K Lumpur Saloma Bistro malam esok, apa kata kita pergi sesama, no talipon saya 0166511500

kamal said...

Salam

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..Amin