Monday, October 12, 2009

Apabila Buluh Meruncing

Kadangkala saya terkeliru. Macam dipersimpangan jalan yang tiada tanda arah.
Sekali pandang memang geram dengan isu buluh runcing puak BENDERA Indonesia tersebut. Samasekali tidak masuk akal sebab musabab depa bertindak lagu tu. Kalau ikut rasa marah, hambat saja depa balik. Tidak kenang budi akan rahmat bumi Malaysia ni. Tempat depa kaut rezeki. Berjuta-juta rupiah diseludup balik kesana. Tapi tentu la ramai tak setuju. Pasai ia libat soal hubungan diplomatik antara negara.
Fikir lagi sekali, tentu ada sebab lain depa tak puas hati. Macam kita pernah bincang dulu. Yang tersirat dengan yang tersurat selalunya bagi impak berbeza. Mungkin depa bertindak atas sebab yang tersirat. Kalau depa bertindak atas dasar yang tersirat, memang tak masuk akal kalau kita lihat dari aspek yang tersurat.
Salah satu isu yang mungkin tersirat ialah kes-kes penipuan, penganiayaan dan layanan kejam oleh segelintir rakyat kita terhadap pekerja mereka seperti buruh binaan dan amah. Kisah-kisah amah didera dengan zalim, tidak dibayar gaji dan dicabul atau dirogol sering kita dengar. Begitu jugak kisah buruh kontrak ditipu dan tidak dibayar gaji. Didakwa berlaku sewenang-wenangnya oleh majikan atau toke lintah darah bahkan boleh digelar pontianak pun.
Kita tahu negara mereka taraf sosialnya memang rendah dan mereka sangat mudur dari potensi ekonomi. Mereka bergolok gadai datang ke bumi makmur ini untuk menumpang rezeki dengan keringat dan tulang empat kerat. Bayangkan hidup dalam pelarian menginggalkan anak-anak dan isteri yang menunggu dirumah dengan harapan rezeki bumi Malysia dapat merubah nasib. Tiba-tiba khabar yang dapat, ditipu dan dizalimi. Dilapurkan atau didakwa bahawa terdapat banyak pihak yang mengambil kesempatan keatas keadaan terdesak mereka ini.
Barangkali pengalaman saya dua tahun lalu ini menterjemahkan apa yang saya fikir.
Saya baru berpindah ke bandar Salak ini. Kawsan perumahan rumah sewa itu masih baru dan tidak ramai penghuni lagi. Sempadannya bersebelahan dengan kebun sawit.
Suatu tengah malam saya dikejutkan dari tidur. Memang benar-benar terkejut. Seorang lelaki asing berdiri didepan saya dengan parang terhunus. Saya melompat bangun dan terus bertempik. Seketika itu juga datang tiga orang lagi dengan parang terhunus juga berdiri kira-kira satu meter dihadapan saya. Salah seorang memegang anak lelaki saya sebagai tebusan. Seorang yang lain pula berkata"
" Encik, jangan bising-bising ya cik. Kami tak mau gaduh. Kita tak usah gaduh gaduh. Kami mahu wang saja. Mana wang. Bagi kami wang!"
Saya tidak jadi hendak berlawan. Salah seorang anak saya di tangan mereka.
" Minta maaf Encik, kami mesti ikat tangan encik"
Setelah mengikat tangan saya mereka menyelongkar seluruh isi rumah. Tiap barang yang ditemui mereka meminta izin mengambilnya. Bahkan rantai dileher anak perempuan saya pun diminta, tidak di rentap.
" Maaf, saya ambil ye " begitu lah sopannya penyamun penyamun ini.
Ketika mereka mengambil handset saya, anak perempuan saya berkata"
" Boleh tak bagi sim kad. Itu talipon bapak saya"
" Mau ka, tak payah lah .." jawab penyamun itu dengan selamba.
Selepas itu, mereka pun berlari pergi. Hanya saya saja yang diikat. Anak-anak dan isteri saya sikit pun tidak dikasari, baik dengan perkataan atau perbuatan. Mereka tidak nampak ganas. Mungkin penyamun amatur.
Tidak lama lepas itu saya dengar bunyi tembakan bertalu-talu. Apabila saya berlari keluar saya nampak beberapa anggota polis pakaian preman berkejaran memasuki semak dipinggir kebun sawit. Tetapi mereka lebih bersedia melepaskan diri.
Ada kalanya saya rasa simpati pulak. Mungkin mereka bertindak demikian kerana membalas dendam dianiaya oleh pihak-pihak tertentu. Sepertikata pepatah, orang lain makan nangka orang lain kena getah. Dan kita rakyat jelata yang menjadi mangsa.

7 comments:

kamal said...

Salam,

Tadi jumpa dgn Mazlee kat Sempoi Corner Prai..katanya yg ada rancangan untuk buat satu lagi reunion di Jitra..jadi ke..kalau jadi tolong bilang awai2..senang untuk buat perancangan...

KODEN said...

Salam,

Tajuk ni menimbulkan satu kepelbagaian dalam perasaan. Marah, terkejut, hairan, sedih, pra sangka kpd senario politik Malaysia, pra sangka kpd senario politik Indon n sebagainya.
Teori n implikasi rancak d bincang dari kerusi malas d rumah ke kedai kopi hingga lah ke parlimen. Hakikatnya parut calar tetap terlakar.
Tapi aku lebih suka bincang apa2 isu pun dalam ruang lingkup yg terdaya kita capai secara individu. Maksud aku kalau semua orang try bersuara, bertindak n apa2 pun secara konstruktif. Contohnya: Kalau aku kenal 3 org Indon n aku dapat cerita perspektif aku secara konsturkif n depa yg 3 ni pula dpt menyampaikan kpd 3 kwn2 d Indonesia n on n on it goes, insyaALLAH ketegangan dpt dkendurkan.
Pasti ramai yg akan sinis dgn idea aku yg terlalu idealistik. Tapi persoalan nya, tak kan kita nak tengok saja? Tak kan sumbangan kecil pun kita tak boleh bagi.
Kalau dbenarkan, aku nak guna ungkapan Mat, "lidi sebatang hanya lah lidi, tapi lidi secekak dah jadi penyapu".
Cuba pakat2 pikiaq tengok.

Wassallam,

KODEN

Anakjeram said...

ASSALAMUALAIKUM:
Hebahan untuk Ex-SMJ 1975 Tingkatan 5 A,B,C Termasuk Guru-guru yang terlibat mendidik kumpulan ini(Minta Ahmad Md. Saman Uruskan Hal ini)

Dengan besarhatinya dipersilakan saudara-saudari ke Majlis Perkahwinan Anak Sulung Shatirah Bt. Latiff dan En. Zaki Ke rumah mereka Di 5,Taman Sawa,Lencong Barat (dekat stesen Petronas) :

Pada : 29 November 2002
Hari : Ahad
Masa : 4.00 petang.

Semoga sekali lagi kita dapat bertemu di Majlis tersebut. Insyaallah....

kamal said...

Salam semua,

Tadi baru call kak ja pasai kenduri rumah Satirah..satu pembetulan bukan 29.11.2002 tarikh sebenarnya 29.11.2009
Mak Ngah selamat menerima menantu..

Anonymous said...

PERHATIAN......ADA PEMBETULAN

TARIKH KENDURI RUMAH SHATIRAH LATIFF IALAH PADA : 29 NNOVEMBER 2009 BUKAN 2002 ALAMAT : 5 TAMAN SAWA,JALAN LENCONG BARAT,MASUK IKUT SUSUR KELUAR ALAOR SETAR SELATAN DEKAT STESEN PETRONAS.

SERTA MEMBERS SEMUA KENA PAKAI BAJU BATIK SUPAYA SENANG DIKENALI OLEH TUAN RUMAH.

Anonymous said...

aku rasa ler tahun 1975, kelas tingkatan 5 hingga ke D. Apa jadi dengan yg berkelas di D? Budak SMJ jugak, tahun sama gak tapi tak kena jemput ka?

mazlee said...

salam mat...
macamana dengan ura-ura perjumpaan antara ibnusaman dan darah59 di bulan 12 ni..harap usaha diteruskan..minta ler mana kawan2 di Jitra meneruskan usaha baik ini.. saya pun boleh juga membantu..tempat di jangka di Kelab darulaman.. tolong maklum balas berkaitan dengan perkara ini.... salam