Monday, August 3, 2009

95%

Kata tuan Allie Alba 95% peserta demo ISA baru-baru ni adalah Melayu.
Mungkin juga 95% pengunjung Jom Heboh juga Melayu. 95% penghuni pusat serenti. 95% perempit di jalanraya seluruh negara. 95% pelepak dekat kompleks belibelah dan lorong-lorong jalan belakang Chow Kit. 95 % kes dera anak bini. 95 % kes tangkap bogel. 95 % kes cerai berai – apa lagi, cuba kita hitung. Semuanya orang Melayu didepan. Barangkali CheAzmi ada fakta-fakta tepat lagi sahih dan disahkan. Dan dalam konteks Malaysia, Melayu adalah Muslim, pengikut agama Islam yang haq selama-lamanya - yang sangat adil tanpa tolok bandingnya dimana-mana dan sampai bila-bila pun. Sepatutnya komuniti Melayu menjadi sangat cantik lagi harmoni but…unfortunately…. Keadaaan tidak sepertinya………...

Kalau udah gitu, dilihat dari arah bertentangan, maka 5 % saja Melayu di ekspo perdagangan. 5% di bengkel repair dan upgrade motosikal. 5% saja di .. etc etc. Kalau nak buat bandingan. Sejauh mana benarnya dakwaaan diatas , risik-risik dan kaji-kaji sendiri kerana the best university in the world is experiences.

Saya sertai sebuah kelab menembak. Ahlinya 70% Melayu 30% Cina. Anggaran saya. Bila pi training tiap hujung minggu, nampak seolah-olah kelab tu anggotanya semua Cina. Orang Melayu buleh dihitung dengan jari. Tapi bila mesyuarat Agung nak pilih AJK, 95% yang hadir Melayu. Bila ada majlis pertandingan menembak tahunan atau saringan nak pilih wakil kelab, pung 95 % yang datang Melayu.

Barangkali pandangan saya tidak tepat. Saya sekolah pure Melayu dari darjah 1 sampai IPTA. Saya tidak intim dengan orang bukan Melayu dalam konteks hubungan social. Tetapi ada beberapa peristawa amat penting yang saya tidak boleh lupakan peranan orang Cina dalam hidup saya.

Pertama, sewaktu saya di patuk ular kapak masa tingkatan 3 di kampong dulu. Yang turut susah payah bawa saya ke Hospital Alor Setar dengan kereta Volvo 144 mereka ialah jiran kampong saya, keluarga Cina. Ular Kapak ni, kalau lambat ke hospital dua saja hasilnya , dengan kehendak dan izin Allah Azza wa Jalla – potong tempat kena patuk atau kapan.

Kedua. Ketika mula kerja dan belum confirm tapi saya nak mohon loan beli kereta. Syarat kata, kena ada dua penjamin senior. Masa itu tidak ramai pegawai senior termasuk ada dua orang Cina. Oleh kerana itu, depa semua jadi favorite bagi kami nak minta jadi penjamin. Isunya, tiada sorang pun senior Melayu sanggup jadi penjamin saya dengan alasan mereka telah menjadi penjamin kepada ramai staf lain – takut tak diluluskan. Lalu saya pi jumpa senior Cina dua orang ini. Depa dua ni pun sama, telah menjadi penjamin kepada ramai staf lain tetapi depa dua kata kita cuba dulu, saya boleh jadi penjamin awak kalau lulus, Ok. Kalau tak lulus , saya minta maaf. Hasilnya, loan saya lulus dan dapat beli sebuah Civic dengan no pendaftaran Wxx 95. ( sebab tu saya sensitive dengan 95%)

Ketiga. Selepas berhenti kerja gomen saya belajag meniaga. Jual buah naga ( Red Pitaya) di tepi jalan dekat Sepang. Saya recce strategic point sepanjang route Bangi - Sepang dan saya dapati ada beberapa penjaja, semuanya Melayu dan seorang Cina. Orang Cina itu jual buah Naga dan keratan anak benihnya. Orang Melayu jual macam-mcam buah. Maka oleh yang demikian itu saya pun approach peniaga-peniaga Melayu, nak tumpang semangat depa orang lama sebab saya ni baru belajag, tetapi apa kan daya, tidak seorang pun encourage dan welcome saya join depa walaupun saya nak jual buah Naga, sejenis buah yang tak ada kena mengena dengan bisnis depa. Macam-macam alasan diberi – sedang tepi jalan itu bukan milik sapa-sapa, milik majlis perbandaran. Dengan hati sedih saya pi dekat Cina buah Naga, minta tumpang nak berniaga setempat dengan nya. Alangkah terkejutnya saya bila dia cakap (terngiang-ngiang lagi )
“ Bole , bole tadak hal punya. Bila lu mau mali juai. Mana tempat lu suka bole duduk. Sini Ok sana pun Ok . Lu punya suka la. “
Saya tak dak kacau toke ka?’ Tanya saya.
“ Lagi ramai meniaga sini lagi bagus ma. Nanti lagi ramai olang mali ooo. Kalau dia mau beli sama lu, itu lu punya rezeki la, kalau beli sama saya itu saya punya rezeki, tadak itu macam ka?”
Besoknya saya join Cina tu dan lama juga kami berniaga disitu. Masa saya tinggai gerai sat untuk urusan tertentu, dia tolong jual untuk saya jika ada pembeli.
Saya teringat gerai limau Bali kat tepi jalan Bandaraya Ipoh. Begitu banyak gerai tapi jual sejenis buah sahaja iaitu limau bali dan mereka dapat bertahan bertahun-tahun lamanya. Kalau nak sebut tawakkal mereka tinggi pun boleh, tapi sayangnya mereka tidak beriman.

Inilah bezanya Melayu dengan Cina.

Orang Melayu takut mencuba, Cina cuba dulu kemudian sedia terima keputusan.
Orang Melayu selalunya melihat keuntungan dalam jangka pendek dan Cina selalu melihatnya dalam jangkapanjang.
Orang Melayu lebih gemar keseronokan sedang Cina lebih kepada kesungguhan.
Melayu suka kebesaran dan kemasyhuran, Cina mahu kekuatan
Melayu sentimental ,Cina kental
Melayu pantang diuji, Cina sedia dimaki
Melayu suka heboh dan kempen-kempenan seperti ayam kampong yang bertelor sebijik tetapi ketognya sekampung, Cina suka buat kerja diam-diam seperti ayam kandang yang bertelor sehari dua biji, suara tak dengar pun.
Akhirnya Melayu di belakang ketinggalan bercakaran sesame sendiri, Cina maju di depan.

Banyak perkara Melayu kena belajar dengan Cina kerana sejarah kata Cina lebih dahulu tamaddunnya berbanding Melayu. Nabi pun suruh kita belajar sehingga ke negeri China. China juga terima Islam lebih dulu dari Melayu. Dan Islam di China dibawa oleh sahabat terkemuka,seorang fuqaha’ terulung iaitu Saad bin Abi Waqqas r.a.
Alangkah bertuahnya Malaysia jika mereka semua beriman. Moga Allah perkenankan.

4 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Menarik dan saya setuju 95% juga, lagi 5% tu saya rezabkan untuk mereka yang tak setuju dengan apa yang hang kata.

Hang bercakap atas pengalaman yang hang lalui, mungkin bos saya tu juga boleh cakap pengalaman yang dia dah lalui semasa 4 tahun di UIA dan lepas tu sambung pulak kat UM. Bagi saya dia tu boleh dikatagori sebagai Melayu 5% la.

Apa-apa pun saudara aku memang salute kat hang la.

KODEN said...

Salam,

Sebelum ni pun aku dah sebut. Ni aku nak sebut sekali lagi. Bila Mat menulis, aku memang peminat no.1 dia la.
Benda2 yg Mat sebut tu, hampir semua kita dah tau, dah merungut, dah mengeluh, dah kecewa n dah macam2 lagi fikir/rasa/bersungut hampa. Tapi tak pernah tau statistiknya begitu menakutkan.
Aku pun banyak pengalaman baik hati budi orang cina.
Persoalannya, dgn jangkauan, kedudukkan, pengaruh n kuasa kerdil yg kita miliki ni, apa yg kita boleh buat/sumbang utk memperkecilkan statistik 95% tu?
Dalam 10 tahun kebelakangan ni aku dok buat sikit2 khidmat masyarakat. Tak mau nak cerita tang ni sbb takut timbul riak (nauzubillah).
So, kalau ada kesempatan, mai kita jumpa n share pandangan utk tindakan. Tindakan yg within our reach saja la. Kalau Mat setuju, minta Mat war-warkan niat ni n kita welcome sapa2 saja yg terasa terpanggil utk berkongsi niat ni.

Wassallam,

KODEN.

Anonymous said...

sdr mad,
ustad zaki tu ajag kita masa tingkatan 3A. ustad Lah abang milah tu ajag kita masa tingkatan 1A dan 2A. ustad Lah meninggal dunia 5 tahun yang lalu. dua-dua tu pun asai lubuk kawah.

Anonymous said...

mana hangpa pi ari jumaat tu haa? ampehhhss....