Tuesday, August 18, 2009

SALAM RAMADHAN

Kalau tidak Sabtu maka Ahad ini berpuasa lah kita untuk Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Kesempatan dapat jumpa lagi Ramdahan sesudah Ramadhan terakhir memang satu nikmat. Tempuh yang penuh dengan keberkatan. Penuh dengan pelbagai special offer dari Allah. Dan menjadi pilihan kita lah untuk merebutnya - satu-satu perebutan yang dihalalkan syariat.
Kepada golongan senja macam kita, retro yang di recall oleh Darah59 juga satu nikmat. Manis macam air serbat bercampur biji selasih. Sesungguhnya, memang banyak perkara yang muluk-muluk untuk dikenang.
Adapun sinonim dengan bulan puasa ni ialah meriam kabat dan meriam buluh. Udah jadi macam tradisi. Kita pun dulu buka posa dengan menatang tu. Tapi la ni baru sedag, ia perbuatan sia-sia dan berbahaya. Setiap tahun ada saja berita putus jari atau pecah muka oleh angkaranya. Yor lah, budak-budak perasaan takut mana ada kat depa. Maka kita yang tua ni lah yang kena tengok benda-benda macam ini.
Selebihnya, seperti kulat, pasar Ramadhan akan tumbuh dimerata ceruk. Berbelanja lah tapi elok tidak sampai kena jinjing empat belah tangan. Bila posa ni, mai tang pukoi lima tu memang la. Tengok buah pelam masam pun ayag liog meleleh-leleh. Tak cukup raga , jaraih kita bawak. Semua nak beli.
Puasa adalah ibadah. Dan ibadah hendaklah dipersembahkan dengan kualiti perlakuan pada tahap kemampuan dan darjat paling tinggi supaya kita tidak tergolong dalam golongan " mereka yang berpuasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga".
Ramadhan bulan penuh barakah.

1 comment:

KODEN said...

Salam,

Bila rajin meyelak n membaca ni maka dapatlah kita ilmu n pengetahuan. Ada yg baru n ada yg sekadar peringatan. Tapi tetap bernilai.
TQ Mat atas peringatan kpd kami atas betapa special nya Ramadhan. Kerana ia nya special, maka kita pun harus meningkatkan pekerti, amal n ibadah kita ke tahap special jugak la. Tak gitu ka Mat?
Aku mengambil kesempatan ni utk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kpd semua bro/sis yg dok layar blog Mat. Semestinya lah jugak kpd bro Mat yg saya hormati.

Wassallam,

KODEN.