Monday, August 10, 2009

Depa dan Kita

1.
Alkisah, lepas kenduri Maklang CT, esoknya saya pi Kampar, Perak. Kenduri kawin anak sulung abang ipar saya SM Rozali di balai Air Kuning. Oleh kerana dia buat dalam kawasan balai, maka ramai la tenaga yang bantu. Sedara mara yang datang tengok dan makan saja la.
Dulu-dulu kalau kenduri kawin macam ni, sedara mara la yang paling seronok. Berimpun beramai-ramai bukak macam-macam cerita sambil pakat-pakat buat kerja. Yang tanak nasik tanak nasi la. Yang lapah lembu, lapah lembu. Besiang ayam, besiang cabai atau bawang. Yang buat balai ( kemah) buat balai. Balai dibuat dari buluh beting. Begitu juga kedohok.

Biasanya sambutan akan bermula dari malam sebelum kenduri lagi. Rumah pengantin riuh rendah dengan sedara mara dan jiran tetangga. Selalunya grup orang dewasa depa akan berjaga sampai siang. Untuk tahan mengantuk , depa ambik akar pokok pinang , tumbuk-tumbuk kemudian campur dalam kopi O cow. Sure punya tak tidog sampai subuh.

La ni, kenduri kawin datang cuci tangan makan dan balik kiliag bibiag. Salam-salam pengaintin sikit, tepuk tepuk bahu... wassalam.

Terasa missing something somewhere .. and forever ? dalam majlis kenduri macam ni....

2
Dalam perjalanan balik singgah sat kat R&R Tapah. Parkir penuh sesak kerana petang Ahad orang KL semua baru balik dari berbagai urusan di luar ibukota. Saya duduk dalam kereta. Bertentangan dengan saya masuk sebuah mini MPV hitam yang dipandu oleh tiga warga Afrika. Setelah berhenti betul-betul depan saya, entah apa ke hai nya, seorang dari mereka keluar dan buka bonet kereta. Sentuh itu sentuh ini macam ada masalah. Dalam saya dok perati tu, tibatiba berkelun asap dari bonet berserta dengan semburan dan pancutan air panas. Terloncat budak hitam itu sambil menepis-nepis renjisan air. Rupanya dibuka cap radiator. Habis kereta sebelah tersimbah dengan air panas karat.

Lepas depa bincang apa pun tak tau. Seorang dari mereka pergi beli tiga botol air mineral. Bawa mai terus bubuh dalam radiator. Mengelegak bunyinya. Habis la. Saya yakin itu kereta sewa dan depa ni lansung tak tau pasai kereta.

Sebelum memecut pergi, depa campak saja botoi air mineral dan kerta tisu yang depa buat lap segala air karat dan minyak hitam bersepah kat situ. Mujug la Bangla Plus ada mai pungut satu-satu...

Senario ini hampir jadi perkara biasa. Di tempat tinggal saya yang buat kerja ni geng Vietnam. Depa bukan kira apa. Bekas minuman atau makanan seperti plastik dan cawan atau botol depa campak tang mana dan saja.

3
Namun apa yang lebih sedih dari diatas ialah sikap kita sendiri yang kononnya lebih maju dari Bangla atau negro atau vietnam etc etc...

Ini memang kerja orang Melayu dan Islam kerana selain daripada mereka, orang lain tidak akan singgah di masjid. Gambar ini saya rakam di sebuah masjid yang baru siap dibina dan digunakan sejak bulan Mac lalu. Teruk-teruk orang buat tempat rehat dan makan cantik-cantik, depa lansung tidak menghargainya, guna lepas tu belah ... apa ke nama masyarakat budiman kalau inilah lah etika dan imej yang sudah basi dan lapuk diperkatakan tetapi masih subur membiak macam kulat musim hujan.



1

2 comments:

cbazmi said...

Asaalamualaikum saudara,

Apa-apa pun Mat kita terpaksa terima hakikat la,dulu kita belajar sastera baca buku macam-macam hikayat. Lepas baca buku kita berangan-angan berada kat zaman tu la, kalau tak jadi anak raja kita jadi anak orang kaya. Tiap-tiap hari kita buleh duduk atas singgah sana dihibur oleh dayang-dayang yang cantik jelita. Kalau buat kenduri tembak meriam 40 das sampai gegak gempita seluruh bumi, 40 hari 40 malam pesta rakyat . Hang tak bayang nak balik zaman macam tu ka? Aku rasa yang tu lagi hebat.

Zaman tu lagi hebat masjid ni orang penuh setiap masa, tak kotor sebab semua orang berebut-rebut nak bersihkan masjid, cari pahala. Sekarang ni tak ada orang sukarela lagi, kalau nak bersih kena la lantik kontrektor pembersihan.

Sekian, terima kasih.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

idak ler nak sampai 40 hari 40 malam Mie oii.
sekurang-kurangnya majlis kenduri jadi tempat rapatkan silaturrahim saudara mara dan kukuhkan ukhwah islamiah sahabat handai.Bila kita berimpun pakat-pakat dok buat kerja sama-sama, dia buleh rapat dan luruskan barisan. Kalau barisan rapat dan lurus baru la jemaah jadi kuat dan nampak cantik.