Saturday, August 15, 2009

Pengkhianat bangsa dan muruah agama

mutakhirin, masyarakat melayu turut dilanda satu lagi wabak selain H1N1. wabak yang lebih berbahaya kerana ia umpama pancaran sinaran radioaktif yang membunuh secara senyap dalam jangka waktu panjang. iaitu lah wabak mengkhianati bangsa dan agama .
Dua puak dalam masyarakat etnic yang sama, menganuti agama yang sama tetapi berlainan ideologi politik saling tuduh menuduh dan salah menyalah sesama sendiri keatas perlakuan apa yang disifatkan sebagai mengkhianati bangsa sendiri iaitu bangsa melayu. Isunya, pihak manakah yang bearada di landasan yang benar? Keris kata bulan sabit (dan bulan) di landing roket menyebabkan cahayanya terpantul bertabrakan dan malap menyimbah bumi. Bulan sabit dan bulan pula kata keris tersisip dipinggang, lambat lepa dia tusuk belakang. Lalu bersilat mereka berdua atau bertiga dijalan-jalan. Dibalai-balai. Dewan-dewan. Bukan sedikit tenaga dikerah. Yang pasti lama kelamaan keduanya akan letih dan menjadi lemah. Menang jadi arang. Kalah jadi abu. Kedua-dua tak boleh digunakan lagi. Ketika itu pihak lain pulak yang akan ambik abu hanyut kat sungai. Arang depa buat bakag BBQ sambil berpesta makan minum tari menari.
Bila ada pihak yang melihat dan argue tentang hukum hakam dan peraturan agama Islam, maka kita pun dengan tangkas menuduh mereka menghina agama Islam. Kita pun berimpun lagi lalu mencarut kepada mereka dengan bahasa yang tidak sewajarnya lahir dari seorang Muslim yang terdidik dengan ajaran Islam. Ia kononnya jihad mempertahankan kesucian agama. Kita sebenarnya lupa. Ada banyak perkara yang kita buat kita anggap halal tetapi sebenarnya haram. Ia umpama kisah Robin Hood. Merompak harta orang kaya kemudian sedekah kepada orang miskin. Niat baik tapi perlaksanaan keji.
Orang kufar memang kita dah tahu. atas alasan apa sekalipun mereka memandang serong dan hina kepada agama Islam dan orang Muslim. Jadi jihad menghadapi kaum kufar harus mengikut jalan agama yang Nabi dah tunjukkan. Tapi pasai apa kita tak seronok nak ikut?
Saya masih ingat dan tidak akan lupa perkataan kawan saya seorang India yang memeluk Islam dan berhenti jadi pilot lalu berdakwah sepenuh masa melalui kumpulan Indian convertsnya-
" minta maaf , kalau kami tengok kepada Muslim (orang Melayu) kami tak berminat nak masuk Islam tapi bila kami lihat kepada hebatnya ajaran agama Islam, itu yang membuatkan kami jatuh cinta"
Kita lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan penjatuh muruah agama, bukan orang kafir.
Hendaklah kita ingat pesanan tok nenek kita wlaupun depa tidak educated macam kita bahawa jangan sampai " gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah" kemudian rimau dan singa atau naga dan boya yang dok nganga terus la terkam dan buat kenduri kesyukuran..

2 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Apa kita nak buat, lima puluh dua tahun dulu moyang-moyang kita orang Melayu berkumpul dan berarak nak melepaskan diri dari belenggu penjajah. Kita hanya baca sejarah kerana masa tu kita belum lahir. Seronok dan bangganya kita baca sejarah tu...ramainya nama-nama yang jadi kebanggaan sebagai pahlawan melayu.

Tapi tak tau la pulak sejarah yang macam mana kita nak tinggalkan kepada cucu cicit kita nanti. Analisa aku dari apa yang hang kata kemungkinan besar sejarah yang tercatit ialah kemusnahan bangsa melayu.. maka ramai la pula nama-nama yang akan dikenang sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Kesimpulannya Mat Melayu sekarang lupa sejarah dan tak nak ambil ikhtibar dari sejarah.

KODEN said...

Salam,
Tajuk ni amat menarik, sensitif n sedih. Semua hujah Mat n Mi tak tersasar. Semua isu yg depa dok bergomoi pun tak tersasar ( dari kaca mata depa lah).
Kita bersuara gini sbb kita kurang @ mungkin tiada langsung agenda jangka pendek n peribadi. Depa dok bergomoi gitu sbb depa banyak hidden agenda jangka pendek n peribadi. Jika ada sekalipun di kalangan yg dok bergomoi yg tak dak agenda yg aku sebut tadi..., peratus nya teramatlah kecik!
Kebelakangan ni aku kerap menyuarakan rasa sedih n simpati aku kat nasionalist pra Malayan Union. La ni dalam lipatan sejarah yg anak2 kita baca, depa ni dianggap pengganas.
Perbuatan mem"plastic surgery"kan sejarah adalah amat bahaya sbb ia memadam harga bangsa.
Jadi tak hairan lah kalau Mi risau tentang sejarah yg akan kita wariskan kpd cucu cicit kita.
Aku tak dpt bayangkan kesedihan n kerisauan hangpa semua yg sah Melayu jati, sedangkan aku yg "Melayu Jetty" (tok wan aku on mother's side is a Pasytun n 2-3 generasi atas pak aku pun dah jadi dalca juga) pun terasa sebegini.

Wassallam.

KODEN.