Sunday, August 30, 2009

Kisah Cerita Korea

Suatu ketika, saya selalu meleteri anak-anak dan isteri yang suka sangat tonton TV cerita bersiri Korea kisah tukang masak Sung Chan dab Bong Jo. Tak dapat nak halang. Punya lah geram hati – tapi nak buat macamana, demokrasi depa ramai saya sorang. Kalah la saya.

Minggu lalu saya tidak sihat dan terlantar kat rumah sepanjang hari. Adam, anak lelaki saya yang baru beli DVD cerita Korea tu dengan mengumpul duit perbelanjaannya mencadangkan supaya saya tonton. Tanpa tunggu persetujuan dia play saja DVD tu. Agaknya dia belajar dari cara orang Korea.

Antara hendak dengan tidak, saya pun tonton lah. After all orang sakit , apa la benda lagi yang dia boleh buat. Ikut la apa depa nak hulurkan.

Selepas menonton beberapa ketika, saya pun berkata dalam hati “ patut la depa ni tak jadi korja menunggu dan mengadap cerita ni tiap hari, rupanya bagus”. Minat nak terus menonton membara. Ini la orang kata tak kenal maka tak cinta. Saya pun tonton sampai habis semua 26 siri cerita tersebut.

Jelaslah ia satu karya TV yang kelas dunia. Seperti siri Korea sebelum ini iaitu Chang Jin. Siri TV Jepun Oshin dan siri China The legend of Bruce Lee.

Ia sarat dengan mesej jatidiri, falsafah perjuangan untuk mempertahankan maruah keluarga dan warisan budaya bangsa, mempromosikan khazanah dan produk negara disamping kisah cinta/kasihsayang ikatan kekeluargaan yang murni dan sangat menyentuh perasaan. Dipersembahkan dengan sangat teliti oleh pengarahnya. Dihasilkan dari skrip yang cukup kemas. Kontinitinya juga dianyam halus , dialognya kaya disuntik adab bahasa dan sastera dan teknik fotografinya yang artistik menjadikan ia satu karya seni kelas dunia. Bukankah itu satu elemen patriotisme yang sangat wajar disebut tapi mungkin dilupakan…. sebuah karya seni, tidak kira lah sastera ka, filem ka, lukisan ka hatta ukiran sculptur kaca sekalipun.

Isunya, mengapa kita tidak boleh terbitkan sebuah karya terkemuka seperti itu? Cereka TV dan filem kita penuh elemen elemen negative tentang masyarakat. Persembahan nya juga longgar sebab skrip dan bahasa serta kontiniti yang tidak seimbang. Filem adalah karya seni yang berkait rapat dengan kesusasteraan. Bila ini terlibat,maka bahasa perlu digarap dengan halus walaupun ia bukan pertuturan harian sesebuah masyarakat. Mendidik dan mempromosi berhajat kepada unsur-unsur positif untuk diteladani. Bukannya mengharap penonton mengambil iktibar dari keburukan seperti apa yang kita pilih selama ini. Perkara ini telah pun dibahas oleh orang-orang media sejak lama, tetapi belum ada perubahan menonjol. Ini mungkin disebabkan majority masyarkat masih belum mampu menerima mesej yang dipersembahkan dengan tahap intelektual yang tinggi. Depa lebih suka dengan lawak bodo dan picisan. Media berharap kepada permintaaan pasaran kerana ia satu industri komersial.

Selain itu mungkin ada kisah-kisah belakang tabir dimana filem-filem atau siri TV berkualiti tidak mendapat tempat kerana masalah kronisme dan aliran pemikiran pengarah atau penerbit itu sendiri sepertimana yang di alami oleh arwah Jasmin Ahmad. Filemnya bermula dengan mendapat pengiktirafan diluar negara.

5 comments:

ctrs said...

Assalamualaikum Mad.Dah sembilan hari kita berpuasa. Sekejap sahaja rasa masa berlalu. Awat demam teruk ka. Berapa hari terlantar? Tapi saya agak kalau boleh habih 26 siri sekali hadap tu, tentunya 3/4 hari jugalah.

Pasal cerita korea tu saya setuju sangatlah mad. Pada saya yang lebih penting ialah tidak ada adegan yang melampau antara lelaki dan perempuan. Kasih sayang yang mereka runjukkan penuh dengan kesopanan, yang penting mesej mereka sampai.

Saya mula tengok cerita korea bila anak murid saya pinjamkan CD winter sonata pada hujung tahun 2003. Lepas tu satu demi satu saya tonton. Sekarang ni anak sulung saya pula selalu down load kan untuk saya.

Mad nak raya kat mana tahun ni. Saya nak raya kat lubuk kawah. Tahun sudah tak balik, maka tahun ni kena balik lah.

Selamat meneruskan ibadah puasa.

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Dah kebah ka demam hang tu? Kalau belum jangan lupa makan ubat.

Nak komen pasai siri cerita Korea ni susah sikit la sbb saya tak pernah tengok. Kerana hang dah buat bandingan cerita Jepun Oshin tu saya faham la sikit. Masa siri Oshin disiarkan kat TV dulu saya tak pernah mis , rugi kalau terlepas satu episod. Kadang-kadang tu bila menuntun bab sedih perasaan kemanusiaan kita akan tersentuh maka meleleh air mata sekali la.

Aku setuju sangat la bila hang kata adunan kerja seni yang digarap dan diarah dengan teliti sekali oleh pengarahnya.

Dulu masa sekolah menengah saya suka baca Novel Desa Pingitan karya A.Samad Said dan Hartini karya Allahyarham Aziz Afkar. Novel-Novel amat menyentuh sekali perasaan saya.

Saya rasa orang seni kita pun boleh buat siri drama macam Oshin dan siri Korea tu. Buat masa ni depa tu korang modal kut?

Selamat berpuasa Mat.

KODEN said...

Salam,

Moga Mat dah betoi2 sembuh. Kalau belum, harap rajin2 makan ubat, terutama antibiotik.
Aku pun sama macam Mi, tak dak luxury of time utk nak tengok cerita2 bersiri. Lama sangat, berpuluh siri. Infact lebih teruk dari Mi sebab Oshin pun aku tak tengok.
Tapi aku ada sedikit pengalaman dgn drama Korea ni, Winter Sonata. Masa tu anak2 dara aku yg 2 orang ni sampai tak jadi apa kerja. Asyik tengok cerita tu saja. Dah dekat nak boleh cakap Korea pun!!!
Aku pun angin lah dgn anak2 yg tengah remaja tu. Takut depa dapat iktibal utk angau mcm dlm cerita2 tu. Risau lah jugak. Kan?
Ringkaskan cerita, depa tetap tengok tapi depa paham lah jugak kenapa aku meluat bila depa asyik dok melangut tengok tu saja.
Tapi Mat, tak semua org yg dpt telili satu2 karya mcm hang buat tu. Aku pun kagum. Rata2 remaja kita tengok aspek percintaannya saja. Syukur kalau depa dpt kaitkan percintaan dgn kesusilaan kemasyarakatan.
Berbalik kpd kenapa karya kita tak boleh capai tahap kualiti gini, aku rasa ada banyak sebab musabab. Tapi yg paling jelas ialah "permintaan n penawaran". Kalau aku nak invest dlm dunia perfileman pun, pasti aku nak skrip yg boleh jual, tak semestinya yg aku suka.
D samping tu, rata2 mentaliti penonoton kita tak suka pikiaq banyak2 bila menonton. Mentaliti cerita hindustan. Tengok poster pun dah tau cerita nak habih camna.
Mungkin ada banyak lagi penyebabnya, tapi aku yakin ni adalah antara tunjang penyebab kualiti perfileman kita agak statik.
Wassallam,

KODEN

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Bukannaya sakit apa pun. Sakit warisan - sakit orang kaya-kaya iaitu gout. Selalunya setiap musim posa dia mai la, pasai pesakit gout ni depa tidak boleh kurang minum air.Kalau udah kena serang, tiga empat hari dah tentu. Alhamdulilah, udah ok.
Balik kampung raya mesti punya. Tradisi 30 tahun tak pernah mis.Cuma bezanya la ni di pagi raya kat makam ayahbonda dekat Masjid Lubuk Kawah. Kalau dulu waktu bagitu dok cicah ketupat di dangau Kg Teluk Gelam dengan depa. Moga Allah merahmati keduanya.
Cerita Korea tu tajuknya Gourmet atau Sik Gaek dalam bahasa Korea. Kisah tukang masak cucu keturunan diraja Korea. Siri ini menonjolkan atau mempromosi dengan baik pelbagai jenis masakan Korea seperti Kimci, sumber mentah mereka seperti herba dan hasil laut selain budaya kasihsayang dan setiakawan yang sangat tinggi serta sikap tolakansur,semangat perjuangan dan pengorbanan yang memartabatkan nilai-nilai kemanusiaan sewajarnya - dibawa oleh watak Sung Chan sebagai chef keturunan diraja Korea pada masa silam. Karya ini juga penuh dengan maklumat ilmiah khususnya dalam industri masakan kerjaya sebagai chef. Tidak rugi kalau beli DVD dia lebih kurang 90.00 untuk 26 siri. Kalau tengok kat TV boring sikit pasai dia buat saspen kat tiap-tiap siri.Kalau hayati betul-betul banyak nilai Islam yang depa praktiskan kecuali dalam babak kapan dan tanam mayat atau minum arak.Bab sosial lain , kalah orang Islam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Mat Lazim,
Cuba tengok 'Children of Heaven',
'Color of Paradise', 'Baran'..
arahan sutradara Majid Majidi al-irani.
Nak faham sikit carilah yg ada sari kata inggeris (Melayu belum ketemu).
Think Q.