Tuesday, August 25, 2009

Kalau nak menang

Selepas PRU 12 , semua 7 PRk di Barat memihak kepada Pakatan. Hanya satu kepada Barisan itupun di Timur. Kemenangn di Timur tidak dianggap lagenda bagi Barisan tapi sebaliknya berbeza kalau Pakatan yang menang kerana parang-parang disana masih belum cukup tajam untuk mencantas dan Pakatan sedang gigih mengasahnya.

Apabila tewas, berbagai teori diperkatakan atas sebab asbab kekalahan itu. Faktor calun. Faktur pengundi phantom. Faktor SPRM. Faktor keselamatan etc etc. Both parties.

Tetapi ramai lupa dan telepas pandang satu factor paling penting yang kalau Barisan nak menang atau nak tough fight depa kena sanggup buat dan berani berubah. Iaitu tukag lenggok kempen menggunakan semua media perdana.

Tabiat Barisan mengguna dan monopoli keatas media untuk berkempen menghentam pihak lawan memberi gambaran seperti mengikat tangan lawan kemudian belasah cukup-cukup. Keadan ini akan meraih simpati penonton atas pagar untuk memihak kepada lawan yang kena naya. Pakatan seharusnya berterima kasih kepada situasi ini kerana ia tidak perlu susah payah tapi cukup dengan duduk diam, buat bodo dan sesekali mengerang kesakitan.

Menjadi adat juga dalam mana mana puak pun pasti akan ada yang totok atau tegar. Grup ni tak buleh buat apa dah.. Hang buat kot mana pun depa tak makan saman punya. Yang perlu dilihat dan untuk dipengaruhi ialah mereka yang atas pagar tu. Depa ni perlu ditackle dengan bijaksana.

Kaedah Barisan tackle sudah lapuk. Buat janji itu ini, turun tolong sibuk besiang sayug, randuk lanyau etc etc kemudian kokokkan dalam TV dan media cetak sambil belasah lawan. Semua tu sudah tidak boleh pengaruh kebanyakan rakyat hari ini. Dan Pakatan mungkin secara tidak sengaja kerana diikat tangan dan dibelasah sehingga tak ada ruang nak bercakap , menjadikan puak atas pagar condong kat depa. Kalau depa maintain dengan kaedah resisten kepada provokasi – apa apa juga bentuk provokasi , depa memiliki kelebihan dalam iklim politik Malaysia hari ini.

Secara umumnya sapa pun manusia normal tidak sanggup melihat penganiayaan dan ketidakadilan. Apa lagi kalau perbuatan bertentangan dengan percakapan.

Barisan perlu open gelanggan media untuk kedua pihak berkempen secara saksama. Kalau ini berlaku nampak Barisan gentleman dan ia akan mampu memberi kesan kepada prestasi Pakatan.

Pertarungan sebenar akan bermula disitu.

BTW - Saya sebenarnya sekog pelanduk yang tersepit antara dua ekog bapa gajah ini. Nak musuh dengan gajah biru tua, saya Melayu. Nak musuh dengan gajah Hijau saya Muslim. Kalau boleh biar la dua ekog gajah ni bersalam jadi sahabat karib pakat sama-sama merajalela di semua ceruk rimba. Dalam kes ni kena la gajah biru tua ikut gajah hijau sebab Islam dahulu dan Melayu datang kemudian. Apapun alasan, Melayu kena ikut dan taat kepada Islam. Gajah biru tua kena lempag beberapa budaya ego nya selari dengan tuntutan dan keperluan gajah hijau.- sekurang-kurangnya seperti anak gajah biru muda tu.

5 comments:

cbazmi said...

Salam Saudara,

Sekadar nak ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh.

Apa yang hang kata pasai tewasnya Bn dalam PRK ni aku setuju sangat la. Kadang-kadang kita menyampah tengok isu-isu yang dibangkitkan dan cara media kerajaan yang beriya-iya nak melapurkan kelemahan pihak lawan. Kalau kita tengok tu kadang-kadang tak ada satu benda pun yang pihak lawan buat tu elok tetapi apa yang depa buat semua baik saja. Meluat nak tenguk macam kita ni bodo sangat nak fikir.

Pendek kata sebahagian besar pengundi atas pagar sebenarnya mengundi lawan Bn kerana faktor kesian saja. Ya la kalau dah melebih-lebih sangat tunjuk handalnya , orang yang tengok jadi benci dan menyampah pulak.

Tu saja aku nak komen. Tq

aku laa said...

depa kempen macam2 pasal tamak haloba . konon gajah biru kuat makan, bolot semua.. tapi sedark tak sedark,, harta2 negara bukan semakin banyak milik bumi... sebab gajah hijau dok trumpet macam.. habih terlepas ker gajah coklat ngan gajah kuning.. dah jadi kelabu asap llaaaa laa nii, depa mudah rangkum masuk satu fail,, tapi perkara islam ni kena banyak fail,, melayu pun dah otomatik kena islam baru dia melayu.. apa cerita lagi?

KODEN said...

Salam,

Tajuk ni memang tajuk evergreen selagi pihak2 yg terlibat tak ikhlas belajaq dari kalah/menang. Bukan yg kalah saja kena belajaq. Yg menang pun kena jugak sbb kita dah mengenal diri, baru lah senang onak n duri kita harungi.
Yg aku Hairan bin Ajaib is that setiap kali kalah, depa (dua2 gajah ni la) buat post-mortem. Tubuh jawatankuasa utk study kekalahan. Jadi la ni, Dr. gajah mana yg lebih pandai buat otopsi dlm post-mortem ni?
Atau pun bila dah mati (kalah), depa bedah siasat jantung saja kot? Depa lupa yg organ2 lain jugak menyumbang dlm mendenyutkan jantung tu.
Teringat aku ketika kemuncak tsunami politik negara pada 1997-98. Aku berkesempatan berbual dgn seorang PhD dlm Sains Politik. Dia ni dah buka kolej swasta. Dia komen ringkas saja. Kata nya, kesilapan gomen kita ialah "memberi pendidikan kpd rakyat".
Senang utk dkupas. Kan? Kalau rakyat dah berpendidikan, pasti lah boleh berfikir n merasionalkan keadaan. Kita kena peka dgn market yg kita nak teroka. Baru boleh bertapak dgn selesa dlm kehidupan. Mana lah mampu taktik kolot mengharungi market yg dah pandai menimbang n memilih.
Bila aku guna perkataan menimbang, terus aku tersenyum sorang2. Gajah yg pakai simbul penimbang yg tak faham konteks, prinsip n falsafah penimbang tu.
Teringat aku masa aku budak2 dulu, bila ada china/india yg memeluk Islam, maka 1 kampung riuh cerita "si Ah Chong tu dah masuk melayu". Lebih 40 tahun berlalu, masih ada yg bertanggapan melayu semestinya besar/didahulukan dari islam.
Sedih kan?

Wassallam,

KODEN.

Bulat said...

Salam

Gajah biru dan gajah hijau bertokak..gajah putih sepet dan hitam tersenyum menunggu peluang..

mazlee... said...

salam...
aku baru2 ni balik mengundi di DUN Permatang Pasir.. Semasa Kempen aku tak dapat nak tinjau kat Permatang Pasir sebab aku amat tak sihat.. jadi pada 25 hb Ogos aku balik ke Permatang Pasir (Rumah Mertua aku tang tu) mengundi. Dengan keadaan aku yg tak berapa sihat ni aku jalankan kewajipan aku sebagai rakyat memilih pemimpin. Masuk saja kawasan permatang pasir, yang terlebih dulu aku lihat bukannya poster tapi anggota polis, setiap sudut setiap bus stop setiap ceruk ada saja mereka2 berpakaian biru gelap dan setidak2nya yang memakai vest hijau floresent yang berlambangkan PDRM, kemudian disusuli dengan hiasan poster-poster yang di atur dan diindah cantik menyusuri kiri kanan jalan, tidak ketinggalan yang merentang di jalan dari puncak2 tiang lampu dan telekom.
Diringkaskan cerita, semasa aku berjalan untuk masuk ke kawasan sekolah, sepanjang jalan, yang memenuhi kiri kanan jalan bukannya perayu undi dari kedua pihak yang bertanding tapi adalah anggota dan pegawai polis, terfikir jugak aku mengapa terlalu ramai, mungkin takut ada berlaku sedikit rusuhan atau pertengkaran kot.. aku masuk kawasan sekolah untuk mengundi, apa yang lebih menarik ialah anggota PDRM ni pun ramai dalam kawasan sekolah, bayangkan lah setiap segi saja bangunan sekolah ada ler anggota yg diletakkan disitu (agaknya sekolah kita ni ler berapa ler seginya yer) yang preman yang uniform yang trafik pun ada (tu yang tumpang p bilik air kot) Dulu waktu aku bertugas sebagai KTM (Ketua Tempat Mengundi) aku hanya diberi 4 orang petugas penunjuk arah (Yang pakai baju Kuning merengau) tapi kali ni aqku tengok dekat 8 org untuk satu-satu saluran.. oklah balik pada cerita mengundi tadi...lepas mengundi aku pun berjalan balik, sepanjang jalan tu 150 meter lebih kurang dari rumah mertua aku jaraknya dari sekolah, orang cukup ramai penyokong dari kedua pihak dikiri kanan jalan, ramai yg mengucapkan terima kasih kerana mengundi pada aku, depa ni tau ka aku undi sapa? Dalam tu juga polis tetap ramai (Lebih ramai dari Penyokong)
Geng Gajah biru, geng gajah hijau semua ucapkan terima kasih.. aku pun jawab ler sama-sama...
Aku pun bertolak balik ke Jitra lepas tu dengan anak perempuan aku kerana berkebetulan semalam anak penakan aku yang sebaya dengan aku meninggal..
Terfikir lah aku yang kerdil ni, setiapkali ada pilihan raya, berapa kah peruntukan yang dikeluarkan oleh kedua2 pihak untuk berkempen?
Elaun untuk petugas Pilihan raya oleh SPR? dan lain2 lagi?
Duit siapa ni... fikir-fikirlah ya.. PM kata seramai 900 anggota PDRM di hantar ke DUN Permatang Pasir untuk mengawasi perjalanan pilihan raya tapi aku rasa lebih dan berganda2..
Akhirnya selepas pilihan raya, rakyat memilh, satu keputusan tercapai..
Ramai juga orang kampong yang mendapat laba, berniaga untung banyak, yang daif dapat peruntukan, rumah tolong dibaiki, anak2 dapat buku dan yang tak pernah masuk TV pun mula glamor..
Maka itulah Pilihan Raya..