Sunday, August 2, 2009

Jengka part 2


Sesudah seminggu kuarantin, saya kena hantag balik anak ke Jengka.


Belajar dari pengalaman dan mendengar nasihat Koden, saya refill TnG saya subuh subuh lagi. Kemudian guna maklumat CheAzmi , buat U turn dari Bandar Jengka balik ikut jalan Jerantut - Temerloh. Sampai kat Kuala Krau, tempat Che Azmi mula tugas sebagai polis dan mengurat anak dara kampung tu sehingga ke jinjang pelamin, saya singgah makan mee goreng basah kat Restoran Zainun Benta. Sambil dok melengu tunggu order, saya dok guest meja mana dia dok mai duduk minum dulu-dulu sambil jeling anak makcik tu. Atau pun mungkin depa mengai dekat jembatan tepi pekan tu kut. Saya teringat kisah Mukhsin dengan Orked dalam filem arwah Yasmin.

Masa nak balik saya minta izin nak ambik gambag kedai tu. Terkejut "makcik tu". Tak mau bagi dia keliru, saya pun habag saya ni kawan menantu dia, baru la nampak air muka dia legaa.

6 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Sampai hati hang pi senyap-senyap tak sound kat aku langsung. Tak sampai la hajat aku nak belanja hang makan kat situ. Terkilan jugak ni.

Sebenarnya bapa mertua aku tu dulu kedainya betul2 kat tepi jalan pekan kuala krau. Bila jalan kat pekan tu dibesaqkan sikit baru dia beli kedai kat situ.

Harap-harap lain kali kalau nak singgah call la aku dulu.

KODEN said...

Salam,

Mat, lain kali introduce dulu, kamdian baru minta izin amek gambaq. Nasib baik Makmertua Mi tak dak darah tinggi/lemah jantung ka.... Issshhh kalau tak.... Na'uzubillah Mat oi!!!
Hehehehe.
Hang setuju dak Mi?

Wassallam,

KODEN

mazlee said...

salam teman,
mulanya bercerita mat berkenaan dengan hal Jengka. Terlibat lah dia dengan anaknya yg melanjutkan study kat PAHANG..lalu menjampuk Che Mi berkenaan denqan tempat di Kuala Krau dimana dia memikat buahatinya tu juga berkaitan dengan PAHANG..tot tot koden pun sampok terus cerita pasal PAHANG sebab mem dia orang PAHANG, dah jadi satu cerita semuanya berkaitan PAHANG... La ni aku pun nak mencelah pasal PAHANG...
Umur dah agak penghujung ni aku baru ler p Kuantan kira2 3 tahun yang lalu..Dalam banyak2 kolej anak (Syafiq) aku boleh pilih Shahputra, Kuantan. Aku tanya apasal pilih sana, ada member ke kat sana..dia kata nak study kena cari tempat yg jauh dari member merapu...aku kata ok.. InsyaAllah study dia ok,, CGPA dekat2 4..dah habis pun...Mula aku sampai Kuantan aku tidoq di Vistana, ada member kastam kat sana rekomen..ok ler..esok uruskan dia aku dan keluarga balik ke KL tidoq KL pas tu terus balik Penang...
Cerita aku disini adalah berkaitan aku juga ada komitmen dengan PAHANG... mcm hampa jugak ler..sekian, terima kasih....hehehe

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Alah Mie, sori manyak-manyak. Aku nak try lalu saja. Sampai tang tu terasa nak makan pulak.
Kalau aku introduce awai-awai atau bagitau che azmi pulak Koden ai, nanti mentua dia sembelih ayam dan tanak nasi pulak. Aku nak makan mi goreng saja. lagipun aku dah tilik dah, mak cik tu bebas lemah jantung atau darah tinggi.

sitirokiahsalleh said...

Salam Mad,
Tak baca email dari saya ka.
Tolong respond cepat. Agak-agak berapa ramai kawan2 kita. Tak kisahlah kalau mereka dari 'Form' spt Koden,59 dan Madud juga lain-lainnya... Kita kan sama2 orang Jitra. Mazlee dan Munir macam mana...kena la mai join kami.Kak Ja confirm sampai Jumaat pagi.

cbazmi said...

Salam saudara,

Untuk rekod hang la Mat 6-8 Ogos 09 aku ada kat PAHANG. Kalau ada rezki aku cuba la cari jalan pintas balik KL kerana nak tolong bakaq kambing Hashim tu , kalau jalan pintas tak jumpa jangan kecik hati la..

Madud mesti sampai punya sebab rumah dia kat situ.

Terima kasih Kak Ct.