Sunday, September 6, 2009

Demam Raya

Tidak sedar cepatnya masa berlalu. Rupa-rupanya demam Ramdahan dah mula kebah. Betoi kata Cheazmi. Bukan saja masjid dan surau dah mula luak, bazaar petang pun demikian juga. Kini Demam Raya pulak mula menular. Gedung belibelah pakaian dan segala perhiasan mula sosak. Bengkel kereta dan kedai eksesori kereta etc etc. Dan tidak lama lagi KL ni akan jadi medan PATI dan medan orang asing yang tidak upaya balik kampong. Di Nilai 3, suasananya dah mula macam pesta Kedah atau Pesta Pulau Pinang sekitar tahun-tahun 70an dulu.
Dilihat dari senario ni macam tidak percaya ujud kelompok seperti yang diceritakan oleh Dr59 dan Koden. Anak-anak terbiar dalam sebuah masyarakat yang tidak nampak lansung kepincangannya seperti di Somalia misalnya, bahkan senantiasa kita dengar suara-suara menyatakan negara kita aman damai dan makmur sejahtera. Tapi inilah realitinya Mie dalam sebuah negara Islam yang diklon dan diblend dari sistem demokrasi dan kapitalis Barat.
Apa yang ditakuti ialah orang memenuhi masjid atau berpuasa atau berhari raya etc etc bukan kerana ibadah tetapi menjadi adat budaya dan trend. Walaupun iman tidak boleh diukur dengan mata kasar tetapi ia mempunyai alamat untuk dinilai. Antaranya tanda tersebut ialah apa yang Dr59 dan Koden sebut tu. Anak-anak jalanan, orang-orang tua terbiar dirumah kebajikan, pesta raya yang melampau lampau semuanya menterjemahkan ianya sesuatu yang terseliuh dari sendi agama dan membengkak menyiksa badan. Kalau tidak masakan ada yang berani mensyukuri nikmat rezeki dari sumber yang jelas haram.
Lalu salah siapakah berlaku semuannya ini? Individu?. Masyarakat? Pemerintah? Ulamak? ( mengulangi soalan Dr59). Yang pasti ianya bukan salah ibu mengandung!
Kalau diibaratkan pada sebuah sungai, tahap kualiti air di muara adalah disebabkan oleh proses pengalirannya yang dilalui dari hulu. Punca sebenarnya dari puncak gunung atau mata air biasanya pure dan sangat bersih lagi jernih. Kegagalan kita memelihara dan mengurus pengalirannya menyebabkan muara berkeladak.
Ramdahan datang dan pergi. Bersilih ganti dengan Syawal setiap 12 bulan sekali. Membawa peringatan demi peringatan. Iktibar demi iktibar. Kisah lama diperingati. Perkara baru dihayati. Namun keladak dimuara terus semakin berisi.

9 comments:

glassman said...

aku minta maaf sebab tak dan nak baca, sebab aku mai singgah nak suruh hangpa tengok di sini http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html#more

glassman said...

aku nak cadang satu lagi, untuk blog hang dan blog darah, kita buat rombongan, umrah bulan puasa tahun depan atau dua tahun lagi, camana? mesti dapat diskaun pasal berkumpulan? amacam? orite dak?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Nak pi umrah bukan perkara susah. Kawan aku memang seorang suka berumrah. Tiap tahun dia pi tapi bukan bisnis. Team up saja dengan dia, beres. Cuma yang aku tidak setuju kalau kita bergrup kerana hendak kan diskaun. Umrah perkara ibadah. Dalam bab ibadah elak lah hal-hal bargain seperti diskaun ni perkerjaan ibadah kita agar diberkati. Minta maaf lah kerana aku dalam bab agama pemikiran agak konservatif sikit.BTW satu cadangan baik. Biasanya grup kawan aku ni depa akan singgah mana-mana tempat sejarah Islam ie. Mesir, jordan, Yaman,Iran, Pakistan etc etc.

intan said...

Salam saudara,

Nak salah siapa ya Mat kalau generasi sekarang bagai hilang arah. Nak ikut contoh pemimpin politik tak kira la pemerintah ka atau pembangkang ka, masing-masing dah bukan setakat kecing berdiri tapi sekarang ni nampaknya macam kencing sambil lari.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Saudara mad, saya rasa bukan maksud madud tu nak bargain dgn ibadah... tapi satu penjimatan. Berjimat tu bukankah dituntut dlm agama.
= Why waste while you can save =
Maaf kalau salah.

cbazmi said...

Salam Mat,

Sorry ..tersalah guna profile anak sy intan yang darjah 3 tu masa komen td. Dia dah marah saya la..

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Mengikut pemahaman aku, Islam menyuruh berbelanja kepada jalan ibadah seperti Saidina Usaman dan Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Sampai habis harta. Islam suruh berjimat bila berbelanja yang harus seprti makan minum pakai dan sambut ramadhan atau raya. Islam larang berbelanja untuk yang syubhat dan melaknat berbelanja untuk yang haram.
Ertinya berjimat applicable hanya untuk yang harus saja.Tapi untuk ibadah lebih elok jika harga sekupang kita bayar dua kupang.

madud said...

selamat hari raya,. semua nakhoda2 yg singgah di laman blog ini. heheheehe, nai pangkat jadi nakhoda laa pasai dok belayar kat lautan siber,, hhahahaa

mungkin ada kebenaran berlebih belanja dijalan allah adalah baik, tapi jika boleh berjimat pun tak salah. takkan kita berjimat tak elok tetapi orang lain cari makan atas nama kita nak beribadah? mencai untung dari jalan kita nak beribadah? tanya saja, tak salah kan? :) sambil senyum ni dok menaip. hehehehe

madud said...

lupa nak tambah, cantik gambar burung atas ranting2 kering tu, macam lukisan cat air cina
aku ambil beberapa klip video di masjid negara pagi tadi, ada masa dan bila dah ada cable sony ericsson, aku muat naik laa ke www.glassmansays.ning.com