Wednesday, September 23, 2009

KISAH DUA WANITA DI DUA KUALA PADA MUSIM RAYA

Saya terbaca dalam sebuah akhbar. Kisah dua wanita di dua kuala. Diceriterakan pada musim hari raya.

Kisah pertama.

Namanya Fazilah Mohamad di Kuala Perlis. Ada lima anak. Berusia 35 tahun. Suaminnya meninggal tahun lalu di belasah oleh sekumpulan 20 lelaki kerana dituduh mengintai anak dara. Seorang surirumah sepenuh masa.

Selepas hilang tempat bergantung tentu lah amat sukar bagi seorang ibu atau balu yang tiada pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Dapat kita bayangkan cabaran hebat tersebut untuk hari-hari mendatang.

Namun, Allah tidak menghidupkan makhlukNya melainkan didatangkan kepada mereka akan rezeki yang sepatutnya. Tragisnya dalam kes Puan Fazilah ini ialah orang yang datang membantu dan cara bantuan dihulurkan.

Bukan seorang tokoh politik. Bukan NGO amal. Atau Pejabat Zakat. Pejabat kebajikan. Dermawan ummah. Tok Haji lima kali ke Mekah. Bukan dari mereka yang sepatutnya berbuat demikian. Semuanya bukan!

Tetapi yang membantu ialah seorang toke Cina di Kuala Perlis. Seorang pemborong ikan.
Dan dia tidak beri ikan. Tidak juga wang. Tidak juga dipanggilnya orang media merakamkan upacara pemberian dalam majlis gilang gemilang. Tidak!.

Apa yang dibuat oleh toke itu ialah di bekalkan ikan kepada wanita itu dengan kemudahan kredit untuk ia dapat memulakan perniagaan ikan. Selepas setahun, puan Fazilah telah berjaya mengembangkan perniagaan ikannya di Kuala Perlis dan siap menggaji pembantu sekali. Dan pada musim raya tahun ini, segala persiapan hariraya berjalan lancar seperti selayaknya.

Kisah dua.

Nama samarannya Mek. Berasal dari Kuala Lipis. Suaminya masih hidup tapi seorang penagih tegar. Ada anak 7 orang.

Menjelang Ramadhan dan musim raya ia tenggelam punca memikirkan kegembiraan anak-anak pada hari tersebut. Suami tidak boleh diharapkan. Dia meminta bantuan seorang kawan yang bekerja di Kuala Lumpur.

Kawannya pelawa datang ke KL. Ada peluang kerja. Maka dia pun turun lah ke KL. All the way from KLipis to KLumpur – demi anak-anak untuk hari raya , katanya.

Di KL, mulanya dia jadi GRO sehari dua. Tetapi selepas itu naik pangkat kepada pelayan nafsu lelaki. Sepanjang bulan Ramadhan. Pendapatannya agak lumayan. RM40.00 satu jam. Dibahgai dua dengan bapa ayam dia dapat RM20.00. Satu hari dia melayan 10 lelaki. 10X20.00 = 200.00 sehari x 30 = 6,000.00. Dengan pendapatan 6K, dia kembali ke KLipis membuat persiapan raya untuk anak-anaknya.

Bila ditanya wartawan, katanya itu adalah pengorbanan untuk anak-anak. Dia tidak sanggup melihat anak-anaknya bersedih dihari dimana orang lain bersuka ria. Dia sanggup di panggang dalam neraka demi anak-anak. Itulah rumusan pengakuannya kepada wartawan tersebut.

Ini adalah kisah-kisah biasa dalam kehidupan di negara yang kaya dan makmur ini. Segelintir kecil dari selain apa yang dibawa oleh Bersama Mu TV3. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah toke Cina di Kuala Perlis dan cara ia membantu Pn. Fazilah. Sepatutnya itulah cara yang terbaik yang perlu dibuat oleh pihak-pihak berwajip. Saya bermohon kepada Allah agar orang macam ini diberi taufik hidayah agar dia beriman dengan Allah dan RasulNya. Mudah-mudahan.

Seperti kata bijak pandai, jika nak bantu seseorang, jangan beri mereka ikan tetapi beri mereka benang, ajar buat jala atau jaring, tunjukan lubuk ikan baru lah bantuan itu berkekalan. Jika bagi ikan, bila habis dimakan, terpaksa diberi lagi. Sampai bila kalau macam tu?

Dan apa yang menyedihkan pula ialah kisah Mek. Apakah kita nak hukumkan dia seperti seorang yang mencuri makanan kerana terlalu lapar? Atau seperti seorang yang terpaksa makan daging babi kerana kebulur demi survival?

Yang jelas setiap umat Islam wajib berzakat dan duit zakat khabarnya bertimbun timbun. Lebih afdal disalurkan kepada golongan seperti ini kerana merekalah asnaf prioriti berbanding mengembangkan projek-projek elit ekonomi ummah.

8 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Tergerak hati nak komen posting yang hang buat ni.

Dulu aku pernah terbaca artikal Y. Berbahagia Tun Dr Mahathir yang pernah menyarankan bagaimana cara nak bantu orang supaya berjaya. Aku agak la Taukeh cina tu dah praktikkan apa yang Tun sarankan dan Kakak tu dah buktikan, kalau bantuan tu benar2 ikhlas dan yang menerimanya pun ikhlas , insyaallah berjaya akhirnya.

Pasai duit zakat tu , aku setuju sangat dengan apa yang hang sarankan. Biar lah mereka yang betul-betul berhak yang dikenali dengan nyata tu, menerima hak mereka dulu sebelum pi keprojek Mega. Tak tau la macam mana orang-orang yang diamanah tu berfikir, kalau otak depa macam otak hang duk fikir, aku rasa Mek kat Kuala Lipis tu tak la sampai ketahap sanggup di "panggang" macam tu kut demi anak-anak nak raya.

Sekian. terima kasih.

KODEN said...

Salam,

Macam Mee, terasa terpanggil juga utk komen sikit on this topic.
Aku teringin sangat nak berkongsi cerita tentang tok wan aku yg berbangsa Pashtun yg berasal dari sempadan Pakistan/ Afganistan.
Semasa dia berhijrah ke Tanah Melayu, dia bekerja sebagai kuli d kedai "senior" dia yg juga pendatang dari Pakistan. Dari masa tu lagi depa ni ada satu sistem. Bila "senior" ni tengok kuli ni dah ready utk start business sendiri, si "senior" ni akan bagi duit ala kadar utk kuli ni p buat business d bandar or kampung lain.
Dan sistem hand me down modal ni dteruskan. So modal tu tak dbayar balik kepada pemberi tetapi kepada generasi bawah.
D sini Mat cerita tentang taukeh cina yg membantu seakan2 mcmana tok wan aku start bertapak.
Aku tak mau komen cerita si Mek tu.
Tapi aku nak tanya, macamana kita nak boleh hidupkan cara taukeh cina n geng tok wan aku merendangkan peluang berdikari dgn selesa d kalangan orang2 yg memerlukan bantuan.
Good topic Mat. Keep it up!!!

Wassallam,

CIOW.

KODEN

aku baik sangka selalu said...

Dalam UMNO pun depa selalu cakap, dlm ceramah2 dan ucapan2, jangan bagi ikan tapi bagi kail, joran dan sebagainya,
bagi kes kedua,, itu jalan yg dia tau buat, nak kata apa. dia yg pilih, kalau dia jual butang baju melayu pun tak tau dapat kerr dah 6ribu . mungkin bila dia balik, buat modal dan mungkin dia akan bertobat, kita sangka baik selalu

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Yang aku nampak dan sedang fikiag tapi depa kata mat jenin - untuk membina merendangkan empayar seperti datuk Koden dan toke Cina Kuala Perlis tu - ialah melalui cara reunion ni. Berimpun mengenang kisah silam tu anggap saja perkongsian sampingan. Yang lebih utama dan perlu fokus ialah bagaimana kita boleh membantu sesama kita atau mereka yang perlu dengan kemampuan yang kita ada atau yang terdaya kita lakukan. Dengan bersekutu dalam agenda reunion ini, mungkin kita boleh himpun dana kemudian kita laburkan atau generate projek-projek tertentu untuk menjana pendapatan atau peluang.
Aku ada seorang kenalan Burma Muslim yang merantau ke Selangor dan berjaya membina rangkaian pusat servis tayar. Dia ada 4 cawangan di Salak, Nilai dan Banting dan drive BMW Z4 beb. Hari tu dia ada offer nak bantu aku buka pusat servis. Dia akan sediakan RM100K dan suruh aku sedia RM30K.Basicnya lagu tu lah. Ada la term dan conditon lain lebih detail kalau minat. Aku rasa ini pun salah satu cara kerana potensi bisnis tayar amat berdaya saing.

KODEN said...

Salam,

Cantik n bagus sekali idea Mat tu.
Now kita tok sah buang masa, sapa yg baca blog n komen2 ni...., mai la kita war-warkan agenda Jamuan Kiambang Bertaut tu dgn lebih agresif n mungkin kita akan dpt merealisasikan niat menyumbang kembali kpd Jitra (or mana2 yg aplicable).
Wassallam,

CIOW.

KODEN.

Anonymous said...

Salam Semua,

Korban seorang ibu pada anakk2 tiada batasnya..sanggup lakukan apa saja...cakap SIAPA yang akan tolong si mek tuuuu..bila dah keluar cerita barulah ada orang yang himpit2 nak tolong...

KODEN said...

Masa saya nak memulakan kehidupan di luar skop makan gaji, banyaklah risau dan takut yg menghantui. Tapi saya yakin yg Malaysia adalah tanah bertuah yg kaya dgn peluang untuk cari makan. Tidak syak lagi, faktor ini lah yang menarik pendatang2 dari negara asing masuk secara halal dan haram kenegara ini untuk mencari nafkah.
Maka saya pun membentuk 1 prinsip "duit ada di dalam angin di bumi bertuah ini, pandai2 lah kita mencari jalan untuk memetik duit ini". Kenapa perlu memilih memetiknya secara haram @ bertentangan dengan syarak?
Jalan pintas! Ini lah punca kita memetik duit dari angin dengan lumayan dalam tempoh yg pendek.
Dari detik kita dilahirkan, kita telah dibesarkan tanpa jalan pintas. Tidak merangkak bayi sebelum meniarap. Tidak berdiri kita sebelum berlari. Tidak makan nasi sebelum makan bubur. Tidak membaca sebelum mengenal huruf. Tidak mencongak sebelum mengenal angka. Dan tidak kaya sebelum miskin. Dan senarai ini akan dapat diteruskan jika mahu. Hakikat "tiada jalan pintas" tidak dapat dipertikaikan.
Saya setuju kalau dikatakan yg Mek perlu dibimbing. Melacur diri untuk mendapat pendapatan yg lumayan tetap bukan pilihan yg harus dilakukan. Jalan pintas lah yg menjadi pilihan Mek.
Salah tetap salah. Saya tidak mahu sentuk dari sudut agama sebab termaklumlah dosanya. Yg anih nya, ungkapan Inggeris pun ada menyebut " the end doesn't justify it means". Jika diterjemah, mungkin begini bunyinya "keputusan/hasil itu belum tentu boleh menghalalkan sumbernya".

cbazmi said...

Asalamualaikum,

Koden kata duit ada dalam angin, pandai2 la cari jalan untuk memetiknya.

Saya percaya tu , kalau tidak masakan ada orang boleh dapat untung besar dengan berniaga atas angin, ada orang jadi kaya hanya dengan membawa orang makan angin dan ada pula orang buat banyak duit dengan menjual minyak angin.

Tapi Koden kata lagi , nak petik duit dalam angin tu ,jangan guna "jalan pintas" yang nyata haram dan bertentangan hukum syarak. Yang ni pulak saya teringat rencana Mat sebelum ni pasal orang melayu yang suka jalan pintas.Nak cepat kaya, kalau boleh tak mau "petik" satu2 lambat, nak rungkum semua sekali gus, tu yang buat tak peduli lagi caranya halal ka haram, janji dapat banyak.

Bengong jugak nak fikiq ni.