Friday, September 11, 2009

DEB - from the other side of midnite

Dengan jelas Tun telah memperincikan idea, dasar, perlaksanaan dan harapan DEB dalam komuniti majmuk satu Malaysia. Dasar yang boleh dianggap kontroversi kerana ia menjadi antara isu panas setiap kali didebatkan. Dilihat dari perincian yang Tun listkan satu persatu, seolah-olah tiada satu pun cacat celanya. Tetapi pasai apa ia masih menjadi hujah ramai pihak, tidak kiralah dari kalangan politikus, ahli perniagaan, tokoh akademik, pelajar, rakyat jelata bahkan kakitangan kerajaan sendiri termasuklah kita bloggers awangan.

Apa yang diperkatakan oleh Tun itu memang benar , Madud - jika dilihat dari sudut seorang pemimpin dan ahli politik bercakap. Sebab Tun seorang politikus. Seorang politikus apabila bercakap mengenai agenda politik, dia tidak bebas dari sikap dan pemikiran berat sebelah terhadap apa apa jua kepentingan politik mereka. Ini realiti yang samada suka atau tidak kita terpaksa terima.

Kedua, Tun melihat isu ini dari puncak gunung menghala kebumi kerana beliau orang yang duduk di puncak. Demikian juga sapa sapa pun yang duduk bersama sama di tempat beliau itu. Pandangan yang belaiu nampak dan rekodkan tidak sama dengn kita yang duduk dibawah dan terpaksa memandang dengan mendongak keatas.

Kalaulah boleh saya buat andaian, Tun duduk dipuncak Jerai dan melihat persekitran sawah dan dataran negeri Kedah. Memang lah cantik sawah yang menghijau kalau musim menanam dan keemasan jika musim menuai. Seperti hamparan permaidani. Tetapi yang tahu hal sebenarnya ialah kita yang duduk bergelumang dengan lanyau. Bau busuk. Darah meleleh oleh gigitan lintah. Penyakit bena perang. Tikus dll.
Sebagai orang atas puncak, Tun AJAK, SURUH dan GESA kita naik bersama untuk menghayati apa yang dia lihat. Berkongsi apa yang dia rasai. Capai apa yang dia genggam atau cuba capai. Persoalannya perbuatan MEGAJAK , MENYURUH dan MENGGESA memang mudah dan menjadi amalan orang atas puncak.
Tetapi orang bawah puncak tidak perlukan itu. Apa yang mereka perlu ialah BAWA atau DIBAWA. Orang atas puncak kena BAWA atau MEMBAWA orang bawah naik keatas. Kena tolong bawa bukan setakat suruh, ajak dan gesa. Inilah masalah dalam DEB. Tun hanya bawa orang-orang tertentu, tidak semua orang. Kepada semua orang hanya disuruh, diajak dan digesa.
Dikatakan Melayu mendapat banyak munafaat dari dasar ini. Dikatakan pengagihan kekayaan negara lebih seimbang. Dikatakan sistem sosial lebih adil dan saksama. Dikatakan kedudukan politik lebih stabil. Tetapi hal sebaliknya turut berlaku tapi jarang diperkatakan.
Sejauhmanakan pencapaian 30% bumi dalam perniagaan itu tulen mewakili kejayaan majoriti Melayu? Ada sumber mendakwa syarikat yang dikatakan mewakili Melayu dalam 30% pencapaian itu terdiri syarikat GLC, iaitu syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan. Bukan syarikat bumi biasa ini. Sudah tentu ini tidak mencerminkan pencapaian sebenar Melayu.
Dalam situasi sebenar juga, peniaga Melayu sukar mendapat kerjasama atau mencanggkuk dalam rangkaian niaga negara ini kerana dicemburui oleh bukan Melayu kerana dasar ini. Kaum lain sering salahfaham terhadap usahawan Melayu. Selalu kita dengar pengguna berkata susah berurusan dengan syarikat Melayu kerana servisnya lembab dan harganya mahal. Tetapi pengguna tidak tahu harga borong yang diperolehi oleh syarikat Melayu lebih mahal dari harga borong yang diberi kepada non bumi. Ini kerana dalam sistem ekonomi, non bumi yang mengawal semua ini.
Dan yang paling penting sekali, DEB seolah tongkat kepada peniaga Melayu. Tun pernah kata orang Melayu tidak boleh bertongkat selamanya. Bayi bertongkat lambat nak boleh berjalan. Biar dia rebah luka lutut kerana belajar berjalan lebih baik dari bagi tongkat, kerana dapat berjalan hasil sakitnya luka lebih dominan dan resistan kepada semua bentuk halangan. Kerajaan jaga agar jangan kena pijak saja. Bila jatuh diangkat. Bukan bagi tongkat selamanya.
Dalam makna lain, DEB mungkin seperti kambing hitam dalam agenda politik orang Melayu.

2 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Saya lahir tahun 1958, Aruah bapa saya hanya seorang petani miskin yang bergantung hidup mengerjakan tanah yang luasnya sekangkang kera pusaka tok wan saya.

Keluarga saya sangat susah masa tu, sawah hanya dibuat setahun sekali.Kampong saya tak ada bekalan letrik dan air paip. Kami guna pelita minyak tanah dan ambil air dari perigi.

Bayangkan betapa susahnya mak dan ayah saya nak membesarkan dan menyekolahkan anak2 masa tu. Untuk meringankan beban keluarga, aruah nenak saya membawa saya dan seorang adik perempuan saya tinggal bersamanya disebuah estate getah di Kulim.

Masa tinggal diestate saya berpeluang bercampur dengan kumpulan orang cina dan India yang juga bekerja menoreh getah diestate yang sama. Masa tu tanpa kira kaum kami bergaul dan bekerjasama tanpa ada sebarang perbezan.

Masa peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 saya berumor 11 tahun dan masih tinggal diestate. Hidup diestate pun sama juga susahnya dengan keadaan diKg. bekalan letrik dan air paip tak ada. Kami mandi dan ambil air dari sg kecil kami panggil "Parit" aja.

Alhamdulillah berkat perancangan pemimpin negara masa tu yang mengujudkan DEB kehidupan keluarga saya telah berubah.

Kakak saya yang tinggal dikampong dan adik yang tinggal bersama2 saya diestate berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tanpa bantuan memang kami tak mampu langsung.

Nenek dan Pak Cik saya kemudiannya meninggalkan Estete untuk memulakan penghidupan baru ditanah rancangan program kerajan. Akhirnya keseluruhan penduduk diestate tersebut berjaya keluar dari belenggu kedaifan diestate. Perkampungan dalam estate tersebut akhirnya ditutup terus.

Hari ini saya dapat lihat dan sama-sama gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh sebahagian besar rakan-rakan saya yang sama-sama bergelumang di "Parit" masa tinggal diestate dulu.

Kalau Mat tanya saya, itulah apa yang saya lalui dan saya rasai sepanjang 40 tahun DEB dilaksanakan.

Kesimpulannya, saya menghormati pandangan Y.Bhg Tun Mahathir walau pun pandangan itu adalah pandangan seorang ahli politik.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

kita dok bawah senang tunjuk tu, tunjuk ni, yang tu tak kena, yang ni tak betoi. depa dok atas mana nampak yg haluih2 kalau kita tak habark,, dan juga, bila kita habark pun,, dia akan siasat dengan bertanya pada yg dekat2 dengan dia,, depa ni yg dok buat perosak tu, komplen kita kena masuk fail, simpan dan beku saja, kalau kita gif ap, kita laa yg rugi, macam aku ni, minta skali tak dapat, tak minta dah. takkan aku nak salahkan org lain sebab aku tak maju? Dia dok atas dah buka macam2 peluang, kita saja yg kena rebut, kalau perati ayat dia ,,,kalau yg berjaya semua nya kroni pun, apasalah nya,, depa berjaya, takkan aku nak ngaku aku kroni,, wat malu laa, bodo piang, kroni apa umah apa pun tarak,, betoi dak? hehehe