Monday, September 14, 2009

SATU SMJian

Achtung !!!

Semua SMJian di Klang Valley ( Sepang, Ulu Langat, Kuala Langat, Cheras, Shah Alam , KL, Putrajaya, Cyber Jaya, Kelang, Subang, PJ, Nilai pun boleh pasai dia sebantal dengan Lembah Kelang).

Kalau jauh kita dekatkan. Bila dekat kita rapatkan. Sudah rapat kita ikatkan. Jadi Satu Jitra. Satu SMJian. Tidak kira Tong Seng, Ahmad atau Ramasamy ( tiga watak utama silibus subjek tata rakyat ka BM ka lupa dah, masa sekolah rendah tahun tahun 60an dulu.) Semua welcome!

Koden dengan gigih mahu mengayam hasrat ini. Dia telefon petang tadi. Katanya war-warkan lah dalam blog. Kita harap sangat sesuatu dapat dicapai, katanya. Bukan sedikit anak-anak SMJian yang dulu dok main lanyau bendang la ni dah jadi somebody di Lembah Kelang ni. Barangkali banyak munafaat dari pertemuan yang bakal diadakan. Berkongsi pengetahuan, pengalaman dan bertukar fikiran, setidak-tidaknya ada sesuatu yang boleh ditingggalkan kelak kerana yang pasti kita tidak akan menungkat langit.

Bukankah apabila mati anak Adam, maka putuslah hubungannya dengan dunia melainkan tiga perkara iaitu :-

1. Meninggalkan anak yang soleh.
2. Meninggalkan ilmu yang dimunafaatkan.
3. Meninggalkan amal jariah.

Alangkah murninya hasrat beliau kalau disuluh dengan hati dan jiwa Nurani.

Maklumat selalanjutnya:-

Tarikh : 3 Oktober 09 (masih Syawal – di LK raya sebulan)
Tempat : Kelab Shah Alam
Masa : 8.00 Malam – jam Melayu moden.
Sumbangan : RM30.00 per head.

Koden mintak saya penuhkan satu meja. Dalam kepala saya dok nampak Cheazmi, Hashim, Siti Rokiah, Ain, Mohd Aris Bachik. Saya harap jaringan ini jadi MLM. Setiap sorang yang saya sebut diatas kalau boleh depa kembangkan dua ka tiga ka. Bukan satu, dua meja pun dapat Koden ai. Hopefully..

Itu la serba rengkas dalam perbualan panjang saya dengan Koden. Kalau ada apa-apa soalan, Koden welcome to tanya.

2 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Insyaallah aku dengan isteri akan cukupkan koram table hang tu. Aris Bacik aku rasa mmg tak terkecuali sbb rumah dia kat situ.

Tq

glassman said...

Sabtu lepas akudapat jemputan tanpa undangan rasmi ker majlis berbuka bersama Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir di PWTC, jumpa geng kita yang pompuan tu, aku tak ingat nama,, jumpa dia masa kenduri sedara Mazlee tu, dok taman jitra tu, sorry la tak ingat nama, jumaat ni,, aku dapat jemputan rasmi dari Utusan Grup majlis berbuka bersama Najib di Bangi,, tapi jemputan koden ni, yg best sekali