Monday, September 14, 2009

dendang perantau - satu catatan silam.

Sejat. Dalam tempuh dua tiga hari lagi.
Bandaraya dan ibu bandaraya bakal sejat dengan warganya. Dialirkan mereka itu balik ke kampung halaman tempat asal usul mereka di merata ceruk dan pelusuk negara. Lebuhraya akan berarus dengan segala jenis kenderaan. Dan kampung kampung menjadi banjir dengan anak perantau kembali kepangkuan keluarga. Walaupun untuk sedetik ketika.
P. Ramlee mengalunnya merdu mendayu. Sudirman ghairah dan ceria "balik kampung". Semuanya satu suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Dan adakalanya pula yang ditunggu tak tiba-tiba. Rupanya bukan sedikit perjalanan mereka berakhir di jalanraya.
Mula-mula saya balik kampung dengan keretapi. Turun kat Bagan lepas tu naik bas ke Alor Setar kemudian naik bas lagi ke Jitra. Kemudian saya balik naik bas express. Masa tu Tunjang Express, Kota Ekpress dan MARA Ekpress. Kemudian pula saya balik naik motosikal scrambler. Last sekali balik dengan kereta. Dengan kapai terbang tak pernah. Gayat.
Dulu dulu guna jalan persekutuan. Kalau naik motosikal paling seronok. Corner banyak. Naik kereta paling boring sebab selalu sangkut kat Bukit Berapit di Perak. Naik bas, tengok nasib. Kalau kena sebelah ehem-ehem, KL-Alog Stag rasa sat sangat. Kalau kena sebaliknya, mak datuk, punya lah lama macam nak pergi Amerika. Naik keretapi boleh merayau dalam gerabak.
Yang paling best, biar dengan apa sekalipun kita balik, sesampai di kampung, ayah bonda dan adik beradik menyambut dengan gembira. Rakan-rakan lama dapat berjumpa mesra. Bonda selalunya akan buat ketupat daun palas. Adik-adik pulak sibuk pasang pelita buluh.
Fasa dua bila berkeluarga. Masih teruja untuk balik setiap raya. Dapat menemukan cucu-cucu dengan tok wan dan tok depa memang rasa sangat bahagia. Sesampai di laman, ada orang dok tunggu dah nak buka pintu kereta untuk mendukung simanja. Begitu juga ketika nak balik semula kekota.
Pendek kata memang berbaloi cuti balik kampung pada hari raya. Sebab tu sapa-sapa yang tak dapat cuti, mahu depa meraung di tempat kerja. Cuma kita tak dapat dengar pasai dok seronok gumbira di kampong bersama keluarga.
Namun semua itu akan ada penghujungnya. Zaman akan berubah. Hukum alam kata begitu. La ni dah terbukti pun. Kalau balik pun dok tumpang rumah sedara. Atau rumah sewa dan hotel. Ayah bonda sudah tiada. Nak jumpa kawan pun depa dah kena bergiliag, tahun ni di Jitra tahun depan di Kuantan. Orang-orang tua kampung yang banyak kita menyimpan kenangan bersama mereka semasa zaman kanak-kanak pun semua udah tiada. Generasi baru pulak ada yang tak kenai sapa kita. Apa lagi pelet cakap anak kita dah tak ada loghat depa.
Hari demi hari kita menjadi semakin terasing. Tahun ini saya masih mencatur samada nak balik atau tidak. Apa lagi tempuh waktu cuti umum seminggu akan membuat jadual perjalanan lebih sesak.
Kepada semua, Salam Aidil Fitri , maaf dzahir bathin kalau terbias bicara.

7 comments:

mazlee said...

Salam semua..Assalamualaikum selamat menyambut Aidil Fitri..
Betul tu mat.. sebenarnya dari hari ke hari kita mula terasing..dari dalam buaian, kita didendang dengan lagu2 merdu dengan kalimah memuji Allah yang Maha Besar dan Maha Agong. Bila dah besar sikit pergi mengaji sebelah umah beramai-ramai, belum mula dah diarah menitik bedak sejuk oleh guru Quran, semua buat ramai2. mula jejaki sekolah, pagi....mak pakaikan baju sekolah, masih ingat dengan seluar pendek, baju berkanji, menapak menuju ke SKJ..tghari..kita ditunggu, disambut dihidangkan nasi walaupun lauk tak seberapa tapi sedap..
bila sekolah menengah, rutin tetap sama dibuat oleh mak kita....
Aku mula kerja di MAYBANK Jitra, jadi raya tak menjadi masalah.. kemudian pindah kerja kerana mak aku nak anak dia ni kerja kerajaan, maka bertukar aku dari Jitra ke Penang, menyewa rumah di Bagan Ajam bersama 4 org kawan2.
Bermula dari sini aku tiap kali balik kampong naik bas di Butterworth dan turun di stesyen bas baru, ambik bas ke Jitra..walaupun gitu mak tetap menunggu bila balik, masakan istimewa...
Bab kedua.. balik bercuti raya bersama isteri, juga disambut, balik lagi kemudiannya bersama anak isteri, juga disambut..meriah... kini....masa ni... bila menjelang raya, sesekali balik ke Jitra, pusing sana pusing sini, sapa pun tak kenai dah, kedai Apang pun dah berubah, jalan tok kesop pun dah bertar, nak p cegar pun dah mula keliru... baru tau yang kita ini dah amat terasing, Generasi baru dengan caranya yang baru dan kita kena terima hakikat ini...kerana disatu masa nanti kita sudah berpindah ke alam lain yang kekal..
Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Aidil Fitri , Maaf Dzahir Batin....

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Saja nak tumpang seronok sambut aidil fitri. Tapi kat rumah saya belum lagi dengak lagu "dendang perantau" pasai duk berkira-kira nak balik raya kat kampong di Jitra.

Insyaallah buleh balik kut pasai la ni pun tengah duk cuti.Lepas raya ni kena kerja, sbb nak jugak bagi peluang bos bercuti pulak.

Teringat masa kecik memang la seronok, semua mak ngan bapak buatkan untuk kita. Saya teringat masa kecik-kecik pagi raya paling seronok subuh2 mak dah bangunkan, lepas tu pak bawa pi telaga mandi sunat hari raya.

Mula-mula seluruh badan kena sental dengan sintuk , nak buang segala daki-daki yang melekat kat badan. Bersih sungguh pasai nak raya . Lepas tu barulah dikenakan dengan baju melayu tempahan khas untuk sambut raya. Kalau tak buat macam ni mcm tak sah raya beb..

Lepas sembahyang sunat hari raya berduyun-duyun dengan member pi raya seluruh kampung. Tak ada rumah yang tak pergi, sebab tu la kita kenai satu kampung semua mcm adik beradik.

Skg ni macam hang dengan Mazlee kata la, bukan setakat orang kampung tak kenai , kita pun dah tak kenai sapa yang duduk kat kampung tu. Dah berubah sangat..

Sempena sambutan aidil fitri ni, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan kepada semua rakan-rakan yang pernah dikenali.

SALAM AIDIL FITRI "MAAF ZAHIR BATIN"

Anonymous said...

Kesian nya baca cerita hampa betiga..kami tak jadi lagu tu..syukur kerana masih ada mak di jitra, jadi bila balik ada tempat khusus nak dituju. takla berpusing2kat jitra. tak gaduh nak sewa hotel ka home stay. tapi saya dah dengak banyak dah cerita kawan2 sejitra yang bila balik sana cari hotel.tapi syukur kerana hampa masih ingat nak balik jitra..

selamat hari raya.

KODEN said...

Salam,

Memang kita banyak persamaan dlm merentas ranjau usia n peralihan priority yg menyebabkan sambutan Aidl-Fitr pun kena modify mengikut masa.
La ni aku kena bergiliaq yg macam Mat kata tu. To make matter worse, mertua aku di seberang banjaran Titiwangsa manakala Jitra d sebelah lagi banjaran tersebut. Alhamdulillah kami meeting n minit pada tahun pertama perkahwinan. Keputusan yg dicapai digunapakai samapai Syawal ni.
Tahun ni giliaq kampung "depa". Tahun depan insyaALLAH giliaq kampung aku lah. Sebenaq nya kedua2 orang tua aku dah tak dak tapi kami 7 beradik membuat keputusan utk maintain rmh aruah. Sampai la ni, kami tetap balik raya di Jitra sesama kami n sahabat handai d Jitra (Aku tak dak adik beradik d Jitra sbb ibu/bapa aku bukan asal-usul org Jitra). Padahal 6 dari 7 beradik kami ni tinggal berdekatan di antara satu sama lain di antara Sg. Buloh n Putra Height d Lembah Kelang ni. N kami pun berjumpa seluloi d KL ni tapi kami terus mengigatkan antara satu sama lain tentang significant Jitra kpd kami.
Pusara kedua ibubapa, Rumah yg penuh kenangan, jiran yg banyak berjasa n sahabat2 ibubapa yg mengganti kasih.
Seliuh, patah n luka yg di tangisi dulu kini menjadi parut seribu kenangan yg kini membawa senyuman.
Atas sbb2 ini lah insyaALLAH anak/cucu Idrus/Makhtombee akan terus balik ke Jitra menjelang Syawal.
Wassallam,

CIOW.

KODEN

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Memang bonar apa yang tuan-tuan sebut. Tempat jatuh lagi dikenang.
Walaupun aku di Jitra hanya selama 19 tahun berbanding di Selangor/KL selama 32 tahun, namun detik semasa di Jitra paling bermakna dalam hidup aku. Paling sukar dilupakan. Selamanya tidak akan sama tempat tumpah darah dengan tempat mencari rezeki.

Anak Jeram said...

Salam aidil fitri...Nostalgia juga topik yang diketengahkan. Kami teringat masa dara ketika berempat diJitra...kini semuanya terpisah tapi kudrat Illahi selalu ketemukan kami..juga rakan-rakan yang lain .Kalau dah balik Jitra jemputlah ke teratak kaimi untuk menghilangkan pilu suasana kenangan yang lalu. Maaf Zahir dan Bathin

darah59 said...

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..