Wednesday, September 23, 2009

Raya Kali Ini

Dalam keadaan tak menentu kerana keputusan tak dapat dibuat, jiran taman makin sejat. Pakat balik kampong belaka. At last jadi sunyi . Maka saya pun akhirnya terpaksa akur. Kemaskan barang. Balik kampung jugak.
Pukoi 2.30 pagi hari Jumaat malam Sabtu , saya mulakan perjalanan. Andaian saya, waktu itu semua orang dok syok tidog. Tentu jalan tidak sibuk. Tak gaduh la nak jem atau sekurangkurangnya bump to bump driving yang tidak menyeronokan itu kerana saya drive four wheel manual. Kalau kena jem, lengoh lutut dibuatnya.
Rupenya andaian saya meleset. Sebaik lepas tol Jalan Duta, kenderaan berderet. Sampai Tanjung Malim terus jem. Kena lah nyot nyet nyot nyet merangkak. Oleh kerana tak tahan, sesampai dekat exit Behrang, saya tukar fikiran. Lebih baik ikut jalan lama kalau keadaan macam ni. Dah la jem, kena bayag tol pulak. Mana aci.
Jalan lama flow trafik OK sebab di kebanyakan tempat dia buat double carriage way dah. Tetapi jalannya pulak berlopak dan beralun. Dulu masa JKR buat tak macam ni. Sejak privatise ni, kualiti jalan memang kurang memuaskan. Agaknya pihak berkuasa perlu naikkan cukai jalan untuk tampong kos selenggara jalan persekutuan.
Selepas melaluinya, saya rasa memang munasabah banyak kemalangan maut berlaku di jalan-jalan ini kerana keadaan jalannya berbahaya - beralun, berlopak dan tanda jalan yang keliru dan celaru.
Oleh kerana faktor itu, akhirnya saya sampai di Bandar Darulaman pukoi 12.30 tengahari - selepas 10 jam dalam kereta !
Saya menyewa di rumah teres Taman Desasiwa UUM, Bandar Darulaman dengan kadar 150.00 semalam. Selain saya, ada dua keluarga lagi yang saya rasa seperti saya. Selebihnya adalah keheningan semata.. Mulanya nak beraya kat rumah adik saya yang biasanya kosong, tetapi pada raya kali ini occupied. Nak raya rumah abang sulung di Changloon, anak dan cucunya pakat balik belaka. Tidak mengapa lah, asal dapat balik Jitra, dimana-mana pun tidak menjadi hal - asalkan Jitra seperti kata Koden.
Malam tu saya keluar ronda Bandar Darulaman. Dulu namanya Pekan Tanah Merah. Di belakang Pekan ini lah kampung Che Azmi dan Mat Tamin. Dulu estet getah kebun raja. Masa tu, pukoi lapan dah gelap gelita. Dekat gon Kampung Muhibah ( dekat Petronas ) ada pokok pulai tiga beradik. Macam-macam cerita tentang pokok pulai tiga beradik tu. Sebab tu, lepas pukoi lapan tak dak sapa berani nak lalu kut situ sorang diri.
La ni keadaan terbalik 360 darjah. Malam tu, jalan jem. Macam kat pekan rabu. Depan Yawata depa lelong baju dan kuih raya. Sampai pukoi dua tiga pagi dok riuh rendah lagi. Tah tah Cheazmi dengan Mat Tamin pun ada apa. Tapi orang dah ramai sangat , mana nak kelih.
Saya solat sunat idulfitri di Masjid Bandar Darulaman. Lepas solat musing la kiri kanan kut kut terserempak sapa sapa yang kenai. Qariah masjid ni yang saya tau Husin Putih, Ahmad Jaafar, Ku Azir dan Ikram Loh. Tapi sorang pun tak nampak dan tak dak yang kenai. Terasing sungguh di pagi hari raya ni.... ukh ukh ukh ...
Lepas solat raya bawa anak anak ziarah makam tok dan tokwan depa yang terletak dekat Lubuk Kawah, kampongnya Siti Rokiah. Disini saya jumpa bebrepa kenalan lama yang sama tujuan dengan saya. Lepas tu pi rumah abang kakak pak menakan mak menakan dan sepupu sepapat. Dan jugak la singgah kat rumah Ramli and Kakja di Jeram. Hasrat saya amat teringin nak menziarah semua rakan-rakan, tak kira la lama ka baru ka yang ada di Kedah khususnya Jitra , tapi keadaan tidak mengizinkan.

3 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Balik kg 3 hari rasa macam tiga jam, tak sempat nak buat apa pun. Rancang macam lain jadi macam lain.
Tut-Tut dah kena balik kerja...

Dapat balik jenguk kg pun dah kira ok la Mat. Kepada sahabat2 sekadar SMS dapat dihantar tanda ingatan.

Tq.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

tak tau hang ada di tanah merah. Mat tamin pun ada. Aku baca mesej lepas balik ke Salak. lain kali kena call lah. kalau tidak ni buleh la kita kena teh tarik.

KODEN said...

Salam,

Aku ni mix feeling dgn cerita Mat blk raya d Jitra ni. Syok bila baca Cbazmi can't get enough of his time d Jitra.
Tempat jatuh lagi dkenang. Tu lah agaknya antara sbb Mat balik walaupun banyak petunjuk dlm cerita dia tu kata "tak balik pun tak pa kot". Apa2 pun aku tabik spring la kat warga2 Jitra yg berjiwa mcm Mat ni.
Komitmen aku ni sikit sangat lah kalau dbandingkan dgn Mat n Mee ni. Aku ni sekadar minda saja yg balik ke Jitra sedangkan badan aku balik ke Kuantan.
InsyaALLAH tahun depan (jika dpanjangkan usia, dsihatkan kesihatan n dmurahkan rezeki), aku blk Jitra n aku akan pastikan Mat tak tercangak2 cari kwn selepas solat sunat Aidl Fitr. Amacam Mat??? Kita try next year k?
Wassallam,

CIOW.

KODEN.